Ahad, 6 Mac 2016

Punyalah Dasyat Cara Cinta Hazlin Bertaut!

Pengacara popular Program 999, Hazlin Hussain, 31 langsung tidak bercinta tapi terus putus nak kahwin dengan pasangannya Mior Abdul Malek Raiyani, 32 tahun.


Jelas Lyn lagi, Malek dilihat cukup istimewa dan penuh tanggungjawab. Paling menambat hati adalah bagaimana Malek melayan ibu dan kakak-kakaknya. Dia seorang yang menghormati dan protective. Kerana itulah, Lyn yakin bahawa Malek mampu menjaga dan mendidiknya untuk menjadi isteri yang sempurna. Malek dilihat seorang yang penyayang dan tegas dalam kerja. Penuh komitmen malah prinsip hidupnya jelas. Lyn yakin bahawa mereka boleh melalui masa depan yang cerah bersama-sama.


“Biar saya pecah rahsia di sini. Hendak dijadikan cerita, kami pernah berbual menerusi telefon pada awal tahun 2015. Saya tanya pada Malek adakah dia selesa atau tidak berkawan rapat dengan saya. Iyalah, bimbang nanti ramai perempuan yang akan lari apabila tahu kami sering dilihat bersama. Dialognya lebih kurang begini “Lagipun, kau bukan nak aku kan?” spontan keluar dari mulut.

Malek jawab, “Siapa cakap tak nak?”. Saya terkejut, terdiam dan malu sekejap. Lepas kejadian itu maka berlanjutanlah hubungan yang lebih rasmi iaitu merisik, bertunang dan akhirnya bernikah yang mana semuanya berlaku pada tahun sama.

“Pada Lyn, perkahwinan adalah satu fasa yang mana kita akan bertemu dengan seseorang yang mampu melengkapkan hidup kita. Sama-sama mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dia juga akan menjadi kawan baik yang boleh kita percayai untuk berkongsi segala suka duka, susah senang hingga ke akhir nafas. Alhamdulillah, saya sudah bertemu dengan insan yang dicari.

Dah berumahtangga, saya rasakan kehidupan ini semakin lengkap. Sejak zaman sekolah lagi saya berangan-angan supaya dikurniakan anak kembar apabila mendirikan rumah tangga. Tetapi sekarang, saya tak kisah dapat anak kembar atau tidak. Asalkan dikurniakan anak cepat dan sihat, syukur Alhamdulillah.


Maklum sahajalah, usia makin meningkat. Sebab itulah jika Allah kurniakan zuriat di masa yang terdekat kami terima dengan hati yang gembira,” akui Lyn sambil memandang ke arah suaminya yang juga Penolong Penerbit Unit Berita dan Penyampai Buletin Utama.

Tiada ulasan:
Write ulasan