Pondan Melayu Mati Di Tolak Kekasih Warga Kenya


Petaling JAYA – Seorang pondan ditemui mati terjatuh dari tingkat tiga balkoni kondominium Su­bang Park Homes di SS19/1 di Subang Jaya semalam selepas dia dipercayai ditolak oleh kekasihnya, lelaki warga Kenya.
Mayat lelaki malang, Zhukran Supu, 20, berasal dari Sandakan, Sabah itu ditemui pada pukul 9.31 pagi dalam keadaan berlumuran darah di tingkat bawah kondominium mewah tersebut oleh orang awam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Senior Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, sepasukan polis dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan mengenai penemuan mayat yang disangka seorang wanita kerana mangsa memakai gaun dan berambut panjang.
Bagaimanapun, menurut beliau, pemeriksaan polis di lokasi kejadian mendapati mayat tersebut merupakan mayat seorang lelaki yang berperwatakan wanita.
“Semasa ditemui, Zhukran berpakaian gaun wanita dan bentuk fizikalnya juga seolah-olah seorang wanita termasuk dia mengenakan rambut palsu panjang,” kata beliau ketika ditemui di lokasi kejadian di sini semalam.


0 comment... add one now