Ahad, 27 Mac 2016

Nama Anak Kim K, Kanye West Diundi Antara Nama Bayi Terburuk

  Berita Premium       Ahad, 27 Mac 2016
SETIAP ibu bapa pastinya mahu memberikan nama yang terbaik dan sedap dipanggil buat permata hati mereka yang lahir ke dunia.
Bagaimanapun, setiap orang mempunyai pendapat dan citarasa tersendiri terhadap sesuatu nama.

Baru-baru ini, forum Reddit telah mengadakan satu ‘survey’ mengenai nama-nama terburuk yang pernah didengar oleh netizen.

Kebanyakan nama terburuk yang diundi oleh netizen adalah nama-nama tradisional namun mempunyai ejaan yang dianggap mengelirukan.

Sebagai contoh, nama ‘Aliviyah’ yang kedengaran bunyi seperti nama Olivia dan nama ‘Beberly’ yang sama dengan sebutan Beverly.

Apa yang mengejutkan, nama anak pasangan selebriti Hollywood terkenal Kanye West dan Kim Kardashian iaitu North West turut mendapat undian dalam carta nama terburuk tersebut.

Berikut adalah 14 senarai nama-nama terburuk menurut laman Reddit:

1. Aliviyah
2. Elizabreth
3. Beberly
4. Little Sweetmeat
5. Neveah
6. My Angel
7. Merika
8. JaMocha
9. Mhavrych
10. Colon
11. Spartacus
12. Jarica
13. Panthy
14. North West
logoblog

Thanks for reading Nama Anak Kim K, Kanye West Diundi Antara Nama Bayi Terburuk

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan