Isnin, 28 Mac 2016

Mira Filzah Tetap Dengan Pendirian Tidak Mahu Bersentuhan

Pelakon cantik manis, Mira Filzah masih tetap dengan pendiriannya untuk tidak mahu bersentuhan dengan mana-mana lelaki di lokasi penggambaran walaupun kemahuannya sukar untuk dipenuhi.



“Prinsip saya itu diterima secara terbuka oleh tenaga kerja produksi. Mungkin ada orang kata boleh ke berlakon tak pegang sana situ sini. Tetapi dengan teknik kreatif krew lokasi penggambaran, adegan yang tidak bersentuhan itu boleh dibuat secara teliti oleh mereka agar nampak real”

“Apa-apa pun, ia juga tetap bergantung kepada komitmen kita apabila berlakon. Bagaimana nak hayati watak agar sampai ke jiwa penonton. Itu yang paling penting agar lakonan saya nampak natural, bersahaja dan diterima oleh semua pihak,” katanya menerusi portal Murai

Tiada ulasan:
Write ulasan