Isnin, 28 Mac 2016

Macam Baru Semalam Bercinta, Kisah Sweet Pasangan ‘Old School’ Ini Contoh Relationship Goals Sebenar…

Semua pasangan menginginkan kebahagiann rumahtangga sehingga ke akhir hayat. Namun, tak semua ‘bertuah’ dapat merealisasikan impian tersebut.

Bagaimanapun, kami tertarik untuk berkongsi dengan anda semua status Kamarul Ariffin Nor Sadan yang menceritakan tentang sepasang suami isteri yang masih lagi ‘bercinta’ walaupun sudah berkahwin selama 30 tahun.


Merpati Tua
Umur mereka sudah menjangkau 60-an, sudah mendirikan rumah tangga selama lebih 30 tahun, anak sudah 5 orang, tapi kemesraan yang dipamerkan oleh si suami kepada isterinya, seolah-olah baru semalam cinta mereka berputik.

Menyaksikan keintiman pasangan kekasih baru, itu perkara biasa, dan kadang-kadang cumbu rayu mereka membuatkan aku meluat. Namun begitu, kemesraan antara pesakit strok ini dan suaminya saya kira adalah satu keindahan.

Si isteri mengalami strok dan menyebabkannya lumpuh sebelah anggota badan. Wanita yang dulunya aktif mengajar kanak-kanak mengaji, kini bergantung sepenuhnya pada si suami untuk melakukan aktiviti harian. Kami masukkan makcik ini ke wad rehabilitasi untuk bantu memaksimakan pemulihan kefungsiannya kerana beliau teringin kembali menghadiri kelas fardu ain di masjid kejiranannya seperti sebelum ini.

Bukan mudah menjaga pesakit strok, bukan sahaja fizikal mereka terjejas, malah akal dan emosi juga boleh turut terganggu. Perlukan kesabaran dan keazaman yang tinggi.

Pak Cik Masih Sungguh Sweet…
“Doktor suruh kita lekat bantal ni dekat cermin. Jom!”

Walaupun harus berkali-kali pakcik mengingatkan dan memperbetulkan makcik dalam melaksanakan tugasan terapi, nada suaranya tidak mengarah, bahkan sentiasa memujuk lembut. Pakcik ini gunakan kata ganti diri “kita” untuk menunjukkan kebersamaannya dalam menyelesaikan tugas yang diberi.

“Nampak, awak boleh” katanya sambil mengusap belakang makcik jika makcik berjaya selesaikan semua tugasan. Apabila memuji, beliau gunakan kata ganti diri kedua. Walaupun sudah dimamah usia, pakcik masih sungguh sweet as sugar and smooth as butter.

Lihatlah mereka. Tak kekok menyerlahkan dan menzahirkan kasih sayang walaupun dikhalayak ramai.

Aku tak tahu samada mereka memang mesra begini sejak mula bercinta atau setelah si isteri mengalami strok, tapi apa yang dipamerkan sekarang adalah sesuatu yang perlu dicontohi.

Aku perolehi beberapa perkara daripada pengamatan ini.

Mengajak adalah lebih efektif daripada menyuruh dan mengarah. Tiada siapa suka disuruh-suruh.
“Kita kena belajar masak” kedengaran lebih enak di telinga berbanding dengan “Awak kena belajar masak”.

Perempuan lumrahnya sukakan puji-pujian, jadi apa salahnya suami ringankanlah lidah untuk memuji. Rasanya itulah hadiah paling murah tapi besar nilainya kepada si penerima.

Lelaki segan nak tunjuk rasa sayang. Takut orang label jiwang, kan? Lagi-lagi yang dah lama kahwin. Takut orang kata buang tebiat.

Lantaklah orang nak kata apa!

Pada pendapat saya, tiada salahnya PDA(public display of affection), asalkan ada ikatan perkahwinan yang sah serta tidak melintasi batasan agama dan budaya.

Hidup ini singkat, maka zahirkanlah kasih sayang anda kepada pasangan anda selagi masih ada peluang. Jangan sudah si dia pergi dijemput Ilahi, baru sibuk nak bina Taj Mahal.

Tiada ulasan:
Write ulasan