Ahad, 27 Mac 2016

Kisah Sebenar Pengantin Naik Bas Dari Baling Ke Kulim

HARI ini beberapa keping gambar ‘pengantin naik bas’ giat dikongsikan di laman sosial hingga menjadi viral.

Bersama gambar tersebut disertakan kapsyen memuji kesederhaan pasangan tersebut berjimat ketika berkahwin hingga naik bas manakala kenduri mereka digambarkan cukup sederhana kerana berbumbungkan tarpan sahaja.

Pengantin juga digambarkan memakai baju pengantin ‘simple’ yang direka sendiri serta tiada pelamin indah untuk majlis mereka.
Sumber Foto: Facebook Isma Amirah/Abi Nubli
1915601_1148650035154431_188144720488697007_n
Sumber Foto: Facebook
Sumber Foto: Facebook Isma Amirah/Abi Nabli
Sumber Foto: Facebook Isma Amirah/Abi Nubli.
Rata-rata netizen memuji kesederhanaan pasangan pengantin tersebut dan ramai yang menyifatkan ianya adalah perkahwinan yang sebenar mengikut kehendak agama kerana tidak membazir.
Namun kalau pun perkongsian itu diambil dari sudut positif, ianya belum tentu memberi impak yang menggembirakan buat pasangan pengantin yang dijaja cerita mereka ini apabila ianya tidak benar.
Tinjauan kami di Facebook pengantin perempuan yang viral gambarnya ini mendapati, dia agak kurang senang apabila ramai yang berkongsi kisahnya dengan fakta tidak benar.
pengantin2
Untitled
Hakikatnya, perkahwinan pasangan pengantin Abi Nubli dan Isma Amirah amat meriah meskipun tidak sampai ke tahap mewah.
Apa yang agak melucukan, pakaian pengantin dikatakan ‘simple’ sedangkan mereka adalah tauke butik! Pelamin yang diduduki mempelai ini juga cukup indah dan unik, berbeza dengan apa yang tersebar.
10412026_1143238719028896_8581150954333452155_n
Sumber Foto: Facebook Isma Amirah/Abi
Sumber Foto: Facebook Isma Amirah/Abi Nubli.
Apa-apa pun, nilai positif yang diambil daripada gambar-gambar fotografi pasangan sama cantik sama padan ini adalah sesuatu yang sepatutnya dijadikan ikutan bakal pengantin di luar sana.
Sememangnya perkahwinan paling disukai Allah adalah yang sederhana dan dipermudahkan tapi jangan juga lupa, fitnah adalah salah satu daripada dosa besar.
Sama-sama kita doakan kebahagiaan pasangan pengantin baru Isma dan Abi. Dari satu sudut lain kisah tentang anda meskipun tak berapa tepat dapat juga bantu promosikan bisnes kan?

Tiada ulasan:
Write ulasan