Khamis, 10 Mac 2016

Ketumbuhan Fibroid 5CM Mengecut Bila Pesakit Ini Susukan Bayinya. Hebat Kuasa Allah SWT!

Ramai kaum wanita akan jadi fobia dan panik bila bercakap soal ketumbuhan fibroid yang mungkin wujud dalam badan mereka. Namun, siapa sangka ketumbuhan fibroid sebesar 5 CM yang berlaku kepada wanita ini mengecut apabila dia menyusukan bayinya.
Baca kisah yang dikongsi oleh Dr Hamid Arshat mengenai keajaiban ini.

TUMBUHAN FIBROIDS MENGECUT HAMPIR PUPUS.


Hari saya terkejut bila memeriksa seorang pesakit berumor 37 tahun yang pernah bedah buang fibroid besar lebih 8 cm sebelum beliau kahwin.
Setelah berkahwin beberapa tahun dan gagal hamil beliau jalani rawatan IVF atau bayi tabung uji pada tahun 2013. Juga gagal.
Bulan sept 2014 hamil secara spontan dan bila buat scan terdapat 3 ketul fibroid saiz 5 cm tiap2 satu.
Fibroid terus ada dan terasa membonjol diperut ketika hamil. Fibroid menyebabkan dia premature labour 35 minggu kandungan. Bulan may 2015
Bayi dilahirkan secara bedah cesar dan bius epidural. Pesakit sedar tapi tak rasa sakit. Pakar bidan yg bedah kata ada 3 ketul fibroid besar tapi dia tak berani bedah buang sekali gus takut berlaku perdarahan. Bila bayi dilahirkan doktor jahit tutup luka.
Pesakit menyusukan bayi sepenuhnya tanpa lain2 campuran.Beliau tidak pernah jumpa saya sebelum ini. Dia hanya nak saya periksa dan mungkin suruh saya bedah buang fibroids.
Terkejut bila discan tiada lagi 3 tumbuhan fiboids sebesar 5 cm. Hanya satu kecil saiz kurang 1 cm. Bagaimana fibroids besar bolih mengecut ketika penyusuan.
Saya kaji dalam buku. Munkin tahap yang tinggi hormon susu bergelar PROLACTIN telah bertindak mengurangkan hormon estrogen ketika penyusuan. Estrogen memang diketahui menyebabkan tumbuhan fibroid. Mungkin situasi begini telah berlaku.
Sedutan bayi pada puting payudara juga mencetus keluar oxytocin yang juga bertindak mengecut dan menguncup otot rahim. Mungkin tindakan ini juga telah mengecutkan tumbuhan fibroids. Saya nasihatkan pesakit untuk cuba hamil lagi dalam tempuh 6 bulan.

Tiada ulasan:
Write ulasan