Sabtu, 19 Mac 2016

Kembali Bertudung : Wan Nor Azlin Sudah Insaf

Wan Nor Azlin, pelakon yang popular pada tahun 90an dahulunya pernah berhijab tetapi tampil dengan imej lebih seksi selepas episod perceraian beliau, malah ada yang terkejut dengan perubahan mendadak beliau dan mengkritik pelakon wanita tersebut.

Mengakui beliau jahil satu ketika dahulu, kini Wan Nor Azlin sudah kembali bertudung penuh dan menginsafi setiap perbuatan beliau.
Tiada apa yang perlu diulas mengenai isu saya bertudung penuh semula. Ia adalah tuntutan agama dan menjadi tanggungjawab saya sebagai muslimah untuk menutup aurat. Mungkin saya jahil pada suatu ketika dulu dan sekarang semakin banyak ilmu yang saya timba ketika menghadiri kelas agama di kawasan perumahan saya.
Saya kini tidak lagi memakai selendang kepala ketika berlakon, sebaliknya bertudung penuh. Alhamdulillah, stesen televisyen juga sekarang lebih sensitif dan terbuka dengan pelakon berhijab.
Biarlah mereka hendak cakap apa sekali pun, saya sudah lali dan tidak mahu ambil kisah kata-kata orang. Apa yang penting adalah antara diri sendiri dan Allah saja. Saya juga tidak terfikir untuk mencari teman hidup dan sebagainya ketika ini kerana tumpuan saya hanyalah untuk anak-anak. Saya mencari rezeki untuk membesarkan mereka. 

Sedar diri beliau sekali lagi akan menerima pelbagai kritikan dan tomahan masyarakat, Wan Nor Azlin bagaimanapun seakan sudah lali dengan percakapan orang.
Fokusnya kini adalah untuk mencari rezeki demi membesarkan anak-anaknya.

Tiada ulasan:
Write ulasan