Ahad, 6 Mac 2016

‘Kalau Asyik Suruh Study Nanti Stress…’ – Ini Tips Penting Daripada Ibu Miliki 11 Anak Cemerlang

"Mak bukan nak anak anak mak pandai sangat, tapi mak nak anak yang gembira"
Semalam mak dan abah hadir ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM adik bongsu, Afdhal. Alhamdulillah Af merupakan pelajar terbaik SPM Sekolah Menengah Islam Hira' dengan keputusan 12A. Juga keputusan terbaik diperingkat Kuala Selangor.
Lepas keputusan Af keluar semalam ramai pula yang tanya soalan, "apa rahsia parents you?" Sebab keputusan Af tu penutup rantaian keputusan SPM cemerlang adik adik kami di Amin clan.
Af merupakan adik bongsu kepada 11 orang adik beradik. Saya ni kakak sulongnya. Antara kami yang 11 ni memang ada yang bagus ada yang sederhana. Tapi boleh kata dari segi akademik kami semua above average. Tiada yang corot.
Saya ni kira sederhana la, memang kesian adik adik nak catch up kalau kakak dia scorer. Yang kelakarnya kami seorang pun tak pernah dapat nombor satu dalam kelas. Tapi alhamdulillah kami semua dapat rezeki ke Universiti dan memegang ijazah.
Nak kata kami ni gila study, tidak juga. Mak abah tak pernah pula pressure kami gila gila kena score. Kami ni seorang pun tak pernah dihantar tuisyen walaupun selalu pemalas belajar, dan markah tak berapa elok di sekolah.
Itu kalau dari segi akademik. Dan umum tahu akademik bukanlah segala galanya dalam hidup.
Af dan abangnya yang nombor 8, Siddiq juga merupakan penghafaz Al Quran, orang gelar kan Al hafiz. Siddiq juga pemegang keputusan 11A.
Kesemua kami dihantar ke sekolah Islam Hira' 100% dari sekolah rendah sehingga tamat SPM. 30 tahun lamanya mak dan abah bersusah payah supaya kami dapat mendapat pendidikan di sana. Maka "roh" sekolah ini memang menyerap dalam keluarga kami.
Saya batch pertama (pioneer) dan Af taktau la batch ke dua puluh berapa. Yang pastinya sekolah kami juga memang banyak membentuk peribadi kami adik beradik sehingga sekarang.
Ramai tanya apa rahsia mak sehingga setiap kali keputusan peperiksaan anak anak keluar, tak pernah mengecewakan.
Mak saya ni ada ijazah tetapi memilih untuk stay at home jaga sendiri kami 11 beradik. Itu plus point juga sebab kami pulang memang mak ada di rumah. Kami juga tak ada pembantu rumah.
Mak boleh buat semua ni juga sebab Abah yang bekerja keras memberi ruang dan keselesaan untuk mak lebih masa di rumah mendidik kami bersebelas. Abah juga rajin belikan buku buku latihan untuk adik adik. Kira tambahan lah dari yang ada di sekolah.
So nak tau tak rahsia mak menghasilkan 11 anak anak yang cemerlang akademik (mudah mudahan di dunia dan akhirat juga):
1. Mak tak tengok kerja rumah kami
Kami adik beradik agak independent dalam pelajaran. Mak ingatkan sikit2 saja tak ada lah nak tengok kerja rumah satu persatu. Saya tanya mak, kenapa mak tak pernah check homework kami. Mak kata apa yang penting "i will be there when you have questions, not beside you throughout your homework". Betul la bila kami ada soalan tak paham je kami tanya mak, mak akan terus tinggalkan kerja di dapur untuk tolong kami dengan kerja sekolah.
Tapi jangan ingat mak tak perhati. Mak perasan anak lelaki selalu tak buat homework. Anak perempuan je yang ada homework. Mak tanya la juga.. Rupanya boys selalu dah siapkan homework awal sebab mereka nak cepat boleh main. Girls pula lebih suka buat homework dalam keadaan tenang.
Note: kami adik beradik ada 5 perempuan dan 6 lelaki
2. Kalau asyik suruh study, anak akan stress
Mak tak pernah suruh suruh atau paksa paksa. Tapi mak "atur" kami secara halus. Macam contoh, walaupun kami dah makan di sekolah, mak akan sediakan makanan lagi lepas balik sekolah, kemudian masing masing boleh proceed dengan aktiviti masing masing. Nak main ke nak baca buku ke nak study. Ikutlah.
Mak akan aturkan waktu main dan belajar tu seimbang. TV boleh tengok tapi tengok dengan semua orang. Bukan tengok sorang sorang. Tapi saya pernah ingat TV disimpan pada waktu peperiksaan *menggigil ketagihan*
3. Mak tak pernah tangankan anak
Tapi masing masing akan tau bila kena denda. Mak tak pernah cubit, pukul atau tampar kami. Tapi ada perkara yang kami semua sendiri tahu akan didenda. Denda kami ada beberapa pilihan -- pembaris panjang, hanger, atau rotan bulu ayam.
Kalau mak kata kesalahan tu kena denda -- memang kami tahu kami tak boleh lari punya. Even macam tu pun mak beri pilihan nak pembaris panjang ke pendek, atau hanger nak warna apa.
*teresak esak menangis bagitau nak hanger warna kuning ;p*
4. Mak tak pernah kritik atau puji kami depan orang
Kadang kadang bila berkumpul ramai ramai, mak mak suka bercerita soal anak. Ada yang bangga dan cerita soal anak dia yang hebat.. ada yang tak habis2 mengomel sifat buruk anak mereka. Kami yang muda ni pun tak terlepas kan?
Saya selalu perhatikan mak, dia tak pernah kritik kami pada orang lain. Dan takkan cerita kejayaan atau kehebatan kami pada orang lain (tu sebab Facebook sangat tak sesuai untuk orang macam mak). Kalau orang lain cerita mak akan senyum aje. Kalau ada komen dia pun "ala budak2 sekarang...macamtu la"
5. Makanan seimbang
Kami memang tak pernah kenal fast food macam KFC McDonalds sampai la saya nak habis sekolah. Itu pun kami pergi makan di sana untuk hari istimewa macam hari jadi. Even makan dekat restoran tu abah suruh order "sky juice" je tak boleh air yang ada warna. Hehe
Anyway. Mak memang memasak setiap hari dan wajib ada protein, sayur, dan nasi la kan. Abah pula rajin beli dan potong buah. Jarang kami makan snek snek jajan. Malah perkataan jajan pun sebenarnya tiada dalam kamus kami adik beradik.
So in terms of makanan kami memang terjaga jadi kami boleh aktif bermain di luar dan fokus masa belajar.
6. Lintasan hati mak itu akan jadi doa
Sebenarnya ini bukan point yang patut ditulis. Sebab semua ibu bapa doakan anak mereka.
Dulu mak tak tahu pun ada satu konsep moden dipanggil "laws of attraction". Lepas mak baca buku The Secrets baru mak faham apa yang dia lakukan selama ni. (Mak saya adalah seorang yang pembaca tegar, walau seorang surirumah.)
Cuma mak pesan bila kita pikir yang baik baik ia akan terus jadi doa. Bila kita sebut perkataan negatif pada anak kita macam contoh "jangan", " nanti gagal".. Kita yang sebenarnya latih minda kita doa perkara yang tak baik untuk anak anak. Begitu juga bila kita asyik risau perkara bukan bukan tentang anak kita.
Jadi fikir yang anak kita akan jadi OK, pandai, sihat, selepas segala apa yang kita lakukan untuk mereka. Selebihnya berdoa yang baik baik dan serahkan urusan itu kepada Allah.
Tu je 6 tips yang saya perhati dan tanya mak sendiri. Tu pun dia kongsi sebab semua anak anak dah selesai persekolahan di peringkat SPM.
Semoga ia masih relevan di zaman moden, dan rujukan berguna untuk ibu-ibu lain. Termasuk saya.
Ingat! Main itu penting....sepenting belajar tau.
Xx
Fb: Aishah Amin

Tiada ulasan:
Write ulasan