Sabtu, 5 Mac 2016

Isu Jerawat Batu, Pelakon Hafreez Adam Rasa Malu Dan Tertekan

Bermula daripada kisah jerawat batunya yang keluar di akhbar tempatan, pelakon Hafreez Adam menerima kritikan hebat daripada pengikut laman sosial. Malah dalam masa yang sama, dia juga mengakui kesal dengan tindakan mereka yang mengkritiknya tanpa usul periksa.

“Saya lihat ia sebagai salah faham yang tidak sepatutnya berlaku sekiranya pihak mengkritik saya membaca terlebih dahulu artikel berkenaan keseluruhannya. Pada satu tahap saya kesal dan kecil hati dengan kata-kata dilemparkan kepada saya sehingga saya tidak berani keluar rumah selama beberapa hari”

“Perkara itu sudah lama berlalu dan saya sekadar berkongsi pengalaman kerana ia mungkin dapat membantu orang lain yang mengalami masalah sama seperti saya. Tetapi niat saya itu sudah disalah erti sehingga sanggup memalukan saya dengan pelbagai kata negatif di laman sosial,” jelasnya.

Tambahnya, dia berharap melalui perkongsian daripada pengalamannya itu dapat memberi motivasi kepada mereka yang mempunyai masalah yang sama dengan dirinya kerana jika tidak dikawal, ia mampu membuatkan mereka hilang keyakinan diri.

Tiada ulasan:
Write ulasan