Khamis, 10 Mac 2016

Isteri Terima 'Kesakitan' Bersalin Sebab Tahu Suami Akan Bahagiakan Dirinya

Di kala kebanyakan lelaki cetek akal sibuk mengatakan bahawa tidak salah berkahwin lebih dari satu kerana mampu atau berpoligami itu mengikut sunnah, lelaki ini tampil memberikan nasihat sebaik-baiknya kahwin satu sahaja.

Comment Mathew Maclester ini telah viral meluas dia media sosial terutamanya Facebook, sudah tentu membuatkan para wanita bergelar isteri atau bakal menjadi isteri tersenyum dan bersetuju dengan kenyataannya itu. 
Mana tidaknya, kebanyakan lelaki pada hari ini memberikan alasan yang tidak munasabah untuk berkahwin lain menyebabkan tanggapan orang ramai terhadap poligami sudah tersasar jauh dari tujuannya yang sebenarnya. Baca kenyataan Mathew di bawah:

TERIMA 'KESAKITAN' SEBAB TAHU SUAMI AKAN BAHAGIAKAN DIRINYA

Sebaik-baiknya, lelaki kahwin dengan seorang wanita sahaja. Isteri yang melahirkan anak pun tak berkongsi kesakitan dengan orang lain. Dia menerima kesakitan itu kerana dia tahu suami dia akan membahagiakan dia seorang sahaja sehingga ke akhir hayat.

Bohong dan tidak mungkin seorang suami itu dapat membahagiakan semua isteri seadil-adilnya, sama rata, tiada kurang, tiada lebih.

ISTERI BUKAN 'ALAT' DALAM PERHUBUNGAN

Saya tidak kisah jika ada lelaki yang akan mengecam kenyataan saya ini. Tetapi ketahuilah bahawa saya juga adalah manusia dan suami orang yang memahami perasaan wanita.

Baik buruk, suka duka, senang susah, itu perjalanan kehidupan sebagai suami isteri.

Isteri juga mempunyai hak untuk menikmati kehidupan seindah yang dapat dalam perhubungan. Bukannya sekadar alat dalam perhubungan. -

Tiada ulasan:
Write ulasan