Halau Budak Tahfiz, Ini Penjelasan Diana Danielle

Kalau sudah namanya selebriti popular, pergi ke mana pun pasti menjadi perhatian dan kadang kala tindak tanduk sekecil mana pun akan dikaji oleh peminat di luar sana — pastinya ada sekali dua disalah erti oleh orang luar yang kurang memahami.
Terbaru, Diana Danielle telah menjawab fitnah yang melanda dirinya oleh seorang pengguna Facebook. Pengguna Facebook dengan nama Muazrin Mustapha mendakwa terlihat pelakon itu menghalau pelajar tahfiz yang mahu menjual barang kepadanya.
Namun, melalui tulisan di Instagram hari ini Diana Danielle tampil memberikan penjelasan atas apa sebenarnya yang berlaku. Beliau mendakwa memang tidak membeli apa apa dari pelajar tersebut namun telah memberikan sedekah wang tunai.
“Sakitnya hati bila difitnah secara halus macam ni. Awak tak berada dekat dengan saya, berani awak membuat conclusion dari jauh. Masa student tu datang dekat saya nak jual barang utk tujuan nak bagi pada anak yatim, saya telah menghulurkan sedekah dan saya kata tak apa saya tak nak beli barang ni, cukuplah dgn sedekah”
“Pelajar tu pula reply ‘terima kasih, semoga murah rezeki, saya jual ya’ dan dia beredar. Selepas dia beredar tu, saya pandang rakan saya dan tanya dia balik ‘jual apa? Kita tak ambik apa2 kan?'”#01 Diana Danielle Perjelas Fitnah Halau Pelajar Tahfiz - ROTIKAYA
“Dan itu saja yg kami kata. Tang mana yang saya perlekehkan dia? Saya bukan seperti itu. Saya dah maafkan awak dan saya harap awak jgnlah buat status seperti ini lagi,” tulis Diana Danielle panjang lebar menjawab dakwaan lelaki itu.
Itulah lain kali jangan pandai pandai rakam gambar curi selebriti kemudian muat naik cerita yang tidak kena hujung pangkal. Nasib baik Diana Danielle pemaaf orangnya

0 comment... add one now