Ahad, 20 Mac 2016

Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016

Malam ini berlangsungnya Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 (DFKL) yang mengambil tempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dan menyaksikan drama rantaian Kau Aku Kita mendominasi senarai pemenang.

Drama terbitan JS Pictures dan disiarkan di slot Lestary TV3 itu membawa pulang gelaran Drama Pilihan selain selain Pengarah Pilihan yang dimenangi oleh Azman Hj Yahya (Jinggo) dan Skrip Pilihan, Rehal Nuharis.

Pelakon utama drama tersebut iaitu Saharul Ridzwan dan Janna Nick merangkul kategori Aktres Pilihan, Aktor Hero Pilihan dan Pasangan Pilihan.

Anugerah DFKL merupakan kali ketiga dianjurkan rangkaian televisyen Media Prima Berhad dan disiarkan secara langsung di TV3. Berikut adalah senarai penuh pemenang anugerah pada majlis berprestij yang berlangsung malam ini.

1. Drama Pilihan: Kau Aku Kita
2. Aktres Pilihan: Janna Nick (Kau Aku Kita)
3. Aktor Hero Pilihan: Shahrul Ridzwan (Kau Aku Kita)
4. Pengarah Pilihan: Azman Hj Yahya (Kau Aku Kita)
5. Antagonis Pilihan: Ruhainies (Hello Mr Perfect)
6. Skrip Pilihan: Rehal Nuharis (Kau Aku Kita)
7. OST Pilihan: Mungkin Kamu (Eksperimen Cinta)
8. Pasangan Pilihan: Saharul Ridzwan & Janna Nick
9. Drama Pendek Pilihan: Kembara Si Kecil

Apalah majlis anugerah jika tiada acara karpet merah dan Anugerah DFKL 2016 juga tidak terkecuali dari diserikan dengan kehadiran bintang ternama seperti Adi Putra, Rita Rudaini, Janna Nick, Saharul Ridzwan, Uqasha Senrose dan ramai lagi.

00197 Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 - ROTIKAYA00001 Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 - ROTIKAYA00003 Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 - ROTIKAYA00005 Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 - ROTIKAYA00008 Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 - ROTIKAYA00014 Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 - ROTIKAYA00018 Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 - ROTIKAYA00023 Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 - ROTIKAYA00026 Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 - ROTIKAYA00035 Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 - ROTIKAYA

Tiada ulasan:
Write ulasan