Ahad, 13 Mac 2016

[GAMBAR] Ketua Challenger, Syed Saddiq Kaki Clubbing, Kaki Kelab Malam dan Kaki ....

Saya menerima satu kiriman daripada seorang yang tidak ingin dikenali mendedahkan hobi ketua kepada kumpulan Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai seorang yang suka berparti dan berpesta di kelab malam. Sumber saya ini telah mengirimkan sejumlah 100 lebih gambar dari Kelab Malam Palladium yang antaranya menunjukkan Syed Saddiq, seorang pelajar dari Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia sedang berpesta di kelab malam.


Perbuatan Syed Saddiq ini dikesan di sebuah kelab malam bernama Palladium, Manila sewaktu dia mengikuti program debat di sana. Menurut sumber lagi, walaupun perkara ini biasa dilakukan di luar negara, namun, sebenarnya Syed Saddiq selalu berpesta di dalam negara.

Syed Saddiq dikatakan sangat berhati-hati ketika berpesta di kelab malam di dalam negara dan selalu mengelakkan dirinya diambil gambar oleh sesiapa pun. Namun, peristiwa di Filipina dirakamkan kerana dia dikatakan alpa dan berkemungkinan di bawah pengaruh alkohol. (tidak dapat dipastikan).

Saya ingin menyoal kembali pegawai pengiring Syed Saddiq dan Naib Canselor Univerisi ISLAM Antarabangsa sewaktu pasukannya ke luar negara mengikuti program debat ini beberapa soalan:

1. Adakah normal bagi seorang pelajar dari Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia mengikuti program debat untuk berpesta di kelab malam?

2. Adakah mengikuti program berpesta di kelab malam ini mendapat keizinan daripada pihak Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia? 

3. Adakah Universiti ISLAM Antarabangsa tidak melarang sebarang perbuatan sumbang, perkara yang boleh menjurus kepada zina, bersosial, berparti, berpesta dan pelbagai lagi kelakuan yang jelas tidak digalakkan oleh Islam kepada pelajar-pelajarnya?

Ataupun memang pegawai pengiring UIAM ini ikut sekali untuk berpesta di kelab malam Palladium ini?
Tidak dapat disangkal lagi bahawa ketua kepada kumpulan Challenger ini mempunyai sikap dan perangai yang sama seperti Zaid Ibrahim yang satu ketika dahulu juga merupakan kaki arak dan kaki judi. Begitu juga dengan Mirzan Mahathir yang merupakan Non-Executive Director kepada syarikat Petron yang dimiliki oleh San Miguel Corps.

1 ulasan:
Write ulasan
  1. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

    يَا مَعْشَرَ مَنْ آمَنَ بِلِسَانِهِ وَلم يَدْخُل الإيمَانُ قَلْبَهُ ! لاَ تَغْتَابُوا الْمُسْلِمِيْنَ وَلاَ تَتَّبِعُوا عَوْرَاتِهِمْ فَإِنَّهُ مَنْ تَتَبَّعَ عَوْرَةَ أَخِيْهِ الْمُسْلِمِ تَتَبَّعَ اللهُ عَوْرَتَهُ وَمَنْ تَتَبَّعَ اللهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ وَلَوْ فِي جَوْفِ بَيْتِهِ

    "Wahai orang-orang yang beriman dengan lisannya akan tetapi iman belum masuk kedalam hatinya, janganlah kalian mengghibahi kaum muslimin, dan janganlah pula mencai-cari aib mereka, sesungguhnya barang siapa yang mencari-cari aib saudaranya sesama muslim maka Allah akan mencari-cari kesalahannya, dan barangsiapa yang Allah mencari-cari kesalahannya maka Allah akan mempermalukannya meskipun ia berada di dalam rumahnya" (HR Abu Dawud no 4880)

    *org yg bertaubat, malah lebih suci dari insan yg hanya "tau buat"

    BalasPadam