Foto Pernikahan Ammar Alfian Yang Simple Dan Cantik

Foto Pernikahan Ammar Alfian
Ammar Alfian merupakan seorang pelakon yang membintangi drama bersiri Tari Tirana dengan memegang watak utama iaitu Neo. Dia dilahirkan di  Cardiff, United Kingdom (UK), pelakon dan model yang kacak ini pernah juga menyertai pertandingan pencarian Hero Remaja 2008 yang sama seangkatan dengan Kamal Adli dan Fizo Omar.


Dunia peragaan juga telah mendedahkan Ammar ke peringkat antarabangsa iaitu di Singapura, Peranchis, Jepun, Amerika Syarikat dan China apabila dia telah disunting menjadi model untuk jenama fesyen ternama seperti Ralph Lauren,  Topman, Adidas, Timberland, Nike, Diesel dan Renoma.

amar alfian kahwin
Aapa yang paling membuat Ammar Alfian turut dikenali ramai adalah melalui hubungan cintanya dengan bekas kekasihnya iaitu Puteri Sarah. Namun memang sudah lama kita tidak  mendengar cerita tentang pelakon sado yang satu ni kan. Ammar Alfian yang  sememangnya terkenal dengan cerita-cerita panas dan selalu menjadi bahan gosip. walaupun begitu ada juga PP ternampak kelibat Ammar Alfian di dalam drama-drama bersiri di slot Akasia antaranya, Surga Nur dan Hello Mr Perfect.  Berita terbaru yang PP terima,  khabarnya Ammar Alfian sudah pun bernikah dengan seorang wanita yang cukup cantik yang turut dikenali sebagai Nelissa Nezam . Dengarnya Majlis Pernikahan telah berlangsung pada 6/3 /2016. pernikahan ammar alfian
Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Ammar di instgram miliknya, walaupun Tidak banyak gambar yang telah dikongsikan oleh Ammar. akan tetapi wajah  isterinya sememangnya cukup cantik persis wanita arab. Kedua-duanya mengenakan busana berwarna sedondon iaitu berwarna putih. Semoga perkahwinan ini kekal bahagia hinggan ke jannah PP ucapkan. Jadi mari PP kongsikan Foto Pernikahan Ammar Alfian untuk tatapan anda;

0 comment... add one now