Fiza Halim Akui Sedang Bahagia Dengan Seorang Jejaka Yang Baharu Dikenalinya

Fiza Halim nampaknya sudah meneruskan hidup selepas episod dukanya dahulu, melalui beberapa foto yang dimuat naik oleh Fiza,  beliau seakan sudah bertemu dengan pengganti.

Menerusi portal BH ONLINE, Fiza mengakui beliau kini sedang berbahagia dengan seorang jejaka yang baharu sahaja dikenalinya.
Walaubagaimanapun, buat masa ini Fiza belum bersedia untuk mendedahkan identiti jejaka berkenaan.

Saya belum bersedia untuk memberi komen lanjut mengenai perhubungan itu. Begitupun diakui, saya bahagia dengan seseorang. Lagipun gambar yang saya muat naik di Instagram sudah menunjukkan status perhubungan itu.
Ramai peminat beliau merasa gembira kerana Fiza sudah bertemu dengan seorang lelaki yang mampu mengukir kembali senyuman diwajahnya. Mereka turut mendoakan agar jodoh Fiza kali ini berpanjangan.
Kata orang,  pelangi akan muncul selepas hujan, dan mungkin ini kali ini Fiza sudah bertemu dengan jejaka yang tepat buat dirinya. Siapa tahu bukan? Harapnya ada jodoh untuk mereka berdua sehingga ke jinjang pelamin.

0 comment... add one now