Ahad, 6 Mac 2016

Faliq Faham Kerjaya Isteri, Tidak Kongkong Nad Zainal

Mengakui bahawa kehidupan selepas berkahwin kini lebih teratur, Nad Zainal kini diuruskan oleh suaminya, Muhammad Faliq. Selain menguruskan Nad, Faliq dalam masa yang sama sangat memahami kerjaya isteri tercintanya itu.

“Menguruskan kerjaya isteri bukan bererti saya menyekat kebebasannya. Dalam soal lakonan, saya menyerahkan kepada kebijaksanaan Nad untuk memilih karakter yang bersesuaian dengan statusnya sebagai isteri”

“Saya bersyukur kerana Nad tidak membelakangkan saya dalam soal kerjaya. Setiap apa juga tawaran, Nad pasti akan terlebih dulu merujuk kepada saya mengenai jalan cerita dan skrip”

“Saya tidak menghalang, sebaliknya memberikan Nad kebebasan sama ada mahu menerima atau sebaliknya. Saya memahami minatnya terhadap lakonan, tidak mungkin saya akan mengongkong,” jelasnya kepada BH Online. Apa pun, semoga pasangan ini akan terus bahagia hingga ke Jannah.

Tiada ulasan:
Write ulasan