Sabtu, 12 Mac 2016

Elly Mazlein Bersyukur Bekas Suami Tidak Abaikan Tanggungjawab

Peminat dunia hiburan baru baru ini dikejutkan dengan berita yang Elly Mazlein sudah bercerai sejak tahun lalu dan berita sedih itu hadir hanya sehari selepas beliau selamat melahirkan anak pertama dengan bekas suaminya, Azmi Hatta.
Bercakap kepada Media Hiburan, Elly Mazlein tetap dengan pendirian tidak mahu mendedahkan punca penceraian mereka namun beliau meluahkan rasa bersyukur yang bekas suaminya itu tidak melepaskan tanggungjawab terhadap anak mereka.
“Alhamdulillah kami masih baik. Azmi jaga Elly sampai sekarangn Sahkan Sudah Bercerai Tahun Lalu, malah sewaktu di wad bersalin pun dijaga sehingga ke hari ini. Tak semestinya bila kami sudah berpisah harus bergaduh”
“Azmi selalu bersama baby Putri hari-hari, Alhamdulillah. Azmi pun bagus jaga saya dengan baby, itupun saya sudah bersyukur. Alhamdulilah tidak di biarkan,” tambah Elly Mazlein lagi.
Dalam pada itu, Elly Mazlein hanya mahu semua kenali bayinya dengan nama Putri terlebih dahulu dan akan mendedahkan wajah juga nama penuh anak pertamanya itu seminggu dari tarikh bersalin 9 Mac yang lalu

Tiada ulasan:
Write ulasan