Sabtu, 5 Mac 2016

Dihentam Netizen, Ini Jawapan ‘Balas’ Peserta Asia’s Next Top Model Dari Malaysia, Tuti

Beberapa hari lalu kecoh satu Malaysia apabila peserta Asia’s Next Top Model dari Malaysia, Tuti dihentam majoriti dari rakyat Malaysia kerana menyertai pertandingan tersebut. Mereka mempersoalkan kenapa wanita yang beragama Muslim boleh menyertai pertandingan sebegitu.
Iya lah, korang mesti pernah tengok rancangan realiti televisyen yang sebegitu kan? Terdedah sana sini, dan lelaki dan perempuan boleh berpegangan tanpa batasan. Tapi kami disini tak menyebelahi mana-mana pihak. Mungkin ada sebab tersendiri kenapa Tuti memilih untuk sertai pertandingan tersebut. Ini jawapannya.

Lain orang lain pendapat..


Tuti atau nama sebenarnya Nuraini Noor antara 14 peserta yang terpilih untuk menyertai siri terbaru Asia’s Next Top Model. Oleh hal tersebut, ramai yang menghentam dan mengatakan ia nya salah sebagai seorang muslim untuk sertai pertandingan seperti itu.
Walaubagaimana pun, Tuti terima segala kritikan dengan hati yang terbuka.
Apa yang memisahkan kita bukannya warna kulit atau agama. Ia lebih kepada peluang.
Lain orang, lain pendapat dan saya tidak terpengaruh dengan perkara tersebut. Saya hormati dengan pendapat semua orang.

‘Saya hanya orang biasa..’


Sebelum ini, Tuti tidak pernah dapat kritikan yang sebegini walaupun telah menyertai pertandingan modelling di Malaysia.
Saya hanya orang biasa. Saya jenis wanita yang ingin mengejar impian dan cita-cita sendiri.
Sebagai searing model yang beragama Islam, ia semuanya bergantung bagaimana anda ingin menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan. Anda perlu terbuka dan memberitahu kepada produser, photograpger, stylist dan semua yang terlibat terutama sekali dalam isu sensitif seperti ini.
Walaubagaimana pun, objektif utama ialah untuk berikan gambar yang terbaik mengikut arahan yang diterima, dan itu yang saya lakukan setiap kali diberi tugasan.
Sumber: BBC.com
Sumber foto: Instagram Tutitimes4

Tiada ulasan:
Write ulasan