Sabtu, 26 Mac 2016

Dato Seri Vida Diberi Amaran Jangan Selfie Dengan Penyokong

engasas produk kecantikan yang juga Penasihat kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Hasmiza Othman diberi amaran supaya mematuhi peraturan perlawanan bola sepak terutama melibatkan pasukan The Red Warriors.


“Beliau perlu mematuhi peraturan di kawasan teknikal seperti elakkan menggunakan telefon bimbit, pakaian tidak boleh sama dengan yang dipakai oleh pemain di padang”

“Selain itu, beliau tidak boleh meninggalkan kawasan teknikal untuk bertemu dengan penyokong dan perkara-perkara seumpama itu. Ia adalah peraturan biasa dalam bola sepak yang perlu dipatuhi,” jelas Ketua pegawai eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Kevin Ramalingam kepada portal Bernama.

Tegas Kevin lagi, jika Datuk Vida gagal mematuhi peraturan berkenaan, beliau mungkin tidak dibenarkan memasuki kawasan teknikal lagi bagi memastikan tiada siapa melanggar peraturan terbabit.

Tiada ulasan:
Write ulasan