Isnin, 28 Mac 2016

Cinta Saya Dengan Elly Tidak Akan Berubah – Bekas Suami Elly Mazlein

Menjelaskan tidak akan pernah mendedahkan punca penceraian beliau dan Elly Mazlein meskipun diasak dengan pelbagai persoalan, pengarah Azmi Hatta bagaimanapun mengakui beliau masih sayang dan cintakan bekas isterinya itu. Namun, beliau percaya setiap yang berlaku mempunyai hikmahnya tersendiri.

Mendedahkan punca penceraian saya dan bekas isteri bukan satu tindakan bijak. Lebih baik mengunci mulut biarpun hati masing-masing terluka.
Cinta saya dengan Elly tidak akan berubah sampai bila-bila. Cuma masalahnya jodoh kami tidak panjang. Kenyataan itu harus diterima.
Azmi pada masa yang sama ada memberitahu wujud satu masalah besar antara mereka sewaktu kandungan Elly berusia 3 bulan yang memaksa mereka untuk berpisah.
Permasalahan peribadi yang kompleks yang menyebabkan kami berdua bersetuju untuk membawa haluan masing-masing.

Meskipun sudah bercerai, Azmi tetap akan melaksanakan tanggungjawab terhadap anak mereka Putri Sara Sefhia.

Azmi dan Elly Mazlein mendirikan rumah tangga pada 19 November 2014 di Surau As-Sakinah, Puchong, Selangor sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang baru sahaja dilahirkan pada 9 Mac lepas.

Tiada ulasan:
Write ulasan