Sabtu, 12 Mac 2016

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Bakal Jadi Filem

Ramai sebenarnya suka gandingan menjadi antara Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose ketika mereka sama sama menjayakan drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta sekitar tahun 2013 yang lalu.

Boleh dikatakan sepanjang siaran drama tersebut, ada sahaja kontroversi yang melanda pasangan ini termasuklah insiden cemburu buta oleh Qi Razali yang ketika itu masih bergelar kekasih kepada Nelydia Senrose.



Nampaknya para peminat akan dapat sekali lagi menyaksikan gandingn hebat ini apabila Bukan Kerana Aku Tak Cinta akan diangkat ke layar perak dan memulakan penggambaran pada Mei kelak — dan sebahagiannya akan mengambil tempat di New York.

“Saya sendiri tak sangka selepas drama ini mendapat sambutan di TV, ia akan diangkat pula ke layar perak. Saya memang teruja dengan perkembangan ini. Insya-Allah penggambaran akan bermula pada Mei nanti,” ujar Sharnaaz Ahmad.

“Sebagai persediaan, sejak seminggu lalu saya sudah kembali ke gimnasium untuk membentuk badan. Cuma saat ini saya belum tahu jalan cerita untuk versi filem. Bagaimanapun, apabila menjalani penggambaran sampai ke New York barangkali ada sesuatu yang menarik”

Mengimbas kembali kontroversi yang pernah melanda, Sharnaaz Ahmad berkata yang beliau tiada masalah untuk terus berlakon dengan Nelydia Senrose kerana menganggap gadis itu seorang pelakon yang berbakat.

Tiada ulasan:
Write ulasan