Ahad, 13 Mac 2016

Bercinta Sejak Umur 14 Tahun, Akhirnya Mereka Berkahwin Dan Ini Bukti Cinta Bertahan Lama Takkan Hilang Manisnya

17/07/2008 - kita mula berkawan rapat. *orang muda kata start couple 💁 haha masa tu umur baru 14tahun and husband 16tahun. Dan macam biasa ramai akan kata, gatai! Sekolah tak habis dah sibuk couple 💁 dan saya pun akan buat muka 🙄 hehehe

Sepanjang couple ada dugaan tak? Hm tipu kalau takda 😏 ada. Siap ingat lagi tarikh 1st gaduh besar. 22/02/2009 😂 gaduh sebab ada sorang perempuan mengaku gf husband kita padahal syok sendiri 💁 siap berdepan lagi 😂 adoi kelakar ingat balik.

Dugaan kedua lepas kita sambung belajar. Alahai! Ni dugaan paling besar kot. Sebab terjumpa lelaki yg sebaik husband. Teruknyaa perangai 😂 tapi Alhamdulillah, jodoh takan kemana. Sekejap je leka, lepas tu jadi orang balik. Kahkahkah! Nakalnya aien 😑 tapi husband ni bagus, dia tetap terima kita walaupun kita dah buat dia kecewa. Tu yang sayang lebih tu 😘 muahh ciked! Hehe

Bulan april 2015 - husband bagitahu niat nak datang meminang. Then kita pun excited lah bagitahu family yang family husband nk dtg merisik 😂 tapi family cakap, dah kenal lama, tunang jelah terus. Lepas tu husband pun okay 😍

17/05/2015 - masa ni dah 6tahun10bulan berkawan, tetiba husband melamar kita dekat tasik putrajaya. *mmg port dating 🙊 haha and dia bagi sejambak bunga dan 10keping notes. Rasa terharu sangat dan ternangis pulak time tu 😂 malu kita 🙈

13/06/2015 - sampai lah masa ni, kita dengan husband selamat dah bertunang dan akhirnya kita jadi tunang husband ❤ planning bulan 11/2014 tapi biasalah, ada masalah sikit 😂 Alhamdulillah panjang lagi jodoh kami 😌

12/02/2016 - sampailah tarikh keramat ni. Kita sah menjadi isteri kepada husband kita ❤ Alhamdulillah. Bersyukur sangat kerana semuanya dipermudahkan 😌 hampir 8tahun berkawan/couple akhirnya kami disatukan. Iolss excited sangat! 😍

Masa sekolah dulu, sibuk berangan nak kahwin time bila apa semua dan akhirnya semua angan2 jadi kenyataan 😍 Allah satukan kami. Alhamdulillah. Walau pelbagai dugaan semasa berkawan/couple tapi akhirnya selamat jugak disatukan ❤ dan HARINI Genap SEBULAN jadi suami isteri. Alhamdulillah 😍

Siapa cakap couple lama2 bila kahwin kurang kemanisan tu? Tak jugak, bagi aien, kemanisan antara pasangan bergantung pada diri kita sendiri. Semakin kita sayangkan seseorang tu semakin kuatlah perasaan cinta sayang kita dekat si dia. Jangan pernah rasa jemu bila bersama. Sama sama bertolak ansur. InshaaAllah kekal selamanya. *org akan ckp, baru sebulan kahwin, Tgklah lama3 nanti.* jangan dengki sangat. Doa je baik2 untuk kami inshaaAllah semuanya akan baik2 belaka 😊 dan terima kasih kepada sesiapa yang doakan kebahagiaan kami. Dan doa supaya kami dapat baby cepat2. Aamiin! 😌 amboi ngada! Hehe

Bila org tanya, mcm mana korang boleh kekal lama? Sampai kahwin 😍 Alhamdulillah. Tu semua Allah yang izinkan 😊 yang penting dalam hubungan kita mesti jujur dan setia. Tapi bila tak setia, kita tgk pulak pasangan kita, boleh terima kita balik tak if kita mengaku yg kita tak setia 😂 ada sesetengah dia takan berpatah balik dan ada sesetengah dia akan fikir dulu dan akan terima kita kerana sayang dan cinta tu masih ada. Dan yang penting kita jangan buat hal lagi. Haha dan yang paling penting, masing2 kena bagi semangat bila pasangan perlukan kita. Kita kena selalu ada dengan dia dan jangan sesekali bosan dengan pasangan 😊

Ada lagi yang tanya, mudanya dah nak kahwin? Setiap orang ada perancangan sendiri. Kami dah ready sebab tu kami kahwin. Alhamdulillah keluarga semua restu. Semua tu bergantung pada kita jugak, sanggup atau tak utk hadapi alam rumahtangga bersama dan inshaaAllah kami bersedia. Semoga kami dapat tempuh alam perkahwinan ni bersama. Aamiin!

Utk husband, terima kasih kerana terima segala kelebihan dan kekurangan syg ❤ terima kasih banyak mengalah dan banyak beri semangat pada syg 💪🏻 iloveyou husband! You're my one and only husband that i love 😘 muah ciked! Hehe happy 1month anniversary ❤

Untuk awak awak yang nak kahwin muda tu, jangan takut utk kahwin muda. Bila dah bersedia, teruskan niat. InshaaAllah semua akan dipermudahkan. Buat apa nak lambatkan benda yang baik. Kan? Janji masing masing kena bersedia utk hadapi alam perkahwinan ni bersama k 😉

* peringatan utk semua dan diri sendiri 😌 jangan terlalu mencari yang sempurna sehingga tak nampak yang sempurna ada di depan mata. Hargai dia sebelum terlambat

SUMBER

Tiada ulasan:
Write ulasan