Ahad, 27 Mac 2016

Bapa Farah Asyikin meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Menerusi perkongsian penyanyi dan ahli perniagaan, Farah Asyikin di halaman Facebook miliknya pagi tadi, dia memaklumkan ayah tercinta, Zulkifli Mohamad menghembuskan nafas terakhir kira-kira waktu Subuh tadi. Bagaimanapun tidak dinyatakan penyakit apa yang dialami arwah bapanya itu. 

Menurut ibu tunggal kepada Ebrahim Owais itu, bapanya menghembuskan nafas di Hospital KPJ Damansara dan jenazah dibawa ke Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail untuk diuruskan segala urusan berkaitan. "Solat jenazah diadakan 11 pagi tadi dan seterusnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara," katanya di laman Facebook.

Difahamkan Farah sudah memuat naik gambar dan status mengenai keadaan kesihatan bapanya sejak beberapa bulan lalu lagi. Farah kini sibuk dengan aktiviti kemanusiaan dan kemasyarakatan termasuk menyertai program anjuran Permuafakat sejak tahun 2012.


Tiada ulasan:
Write ulasan