Ashraf Muslim Akui Poligami Untuk Orang Terpilih Sahaja : Usaha Sebaik Mungkin Bahagiakan Isteri-Isteri

Bila sebut tentang poligami sahaja, tentu semua lelaki diluar sana sudah senyum sampai ke telinga bukan? Membayangkan betapa nikmatnya mempunyai isteri yang ramai. Namun, tidak semua yang sedar bahawa kehidupan serta tanggungjawab ketika berpoligami, bukan mudah tahu tak?



Malah, Ashraf Muslim yang mempunyai dua orang isteri mengakui betapa beliau harus sentiasa berlaku adil dengan Noor Dayana Lokman serta Wan Sakinah agar tidak timbul rasa kecil hati mahupun cemburu didalam hati masing-masing. Nyata ia bukan satu perkara yang mudah untuk dilakukan.
Poligami ini diberi hanya kepada orang yang terpilih sahaja dan si suami perlulah menunaikan tanggungjawab mereka tanpa bersikap pilih kasih atau mengecilkan hati mana-mana isteri.
Saya sendiri redha dengan jalan yang Allah telah tetapkan dan berusaha untuk sentiasa mencari sinar kebahagiaan dalam membina keluarga yang saling menyayangi dan mengasihi antara satu sama lain.

Pernah menghadapi pelbagai tomahan serta kritikan daripada masyarakat sebelum ini, Ashraf membuat keputusan untuk tidak terlalu mendedahkan hal keluarganya kepada umum dan bersyukur apabila isteri-isterinya sudah menutup akaun Instagram kerana ia mengurangkan lagi pengaruh negatif didalam hidup mereka sekeluarga.

Kata orang, nak kahwin ni senang sahaja,  tetapi bukan semua yang sedia untuk memikul tanggungjawab dalam berumah tangga. Kalau berlandaskan nafsu semata-mata, belum tentu ia akan diberkati ataupun kekal. Bab poligami juga bukan hanya untuk bangga boleh kahwin banyak-banyak tetapi mampukah anda berlaku adil kepada semua? Fikir-fikirlah bila nak kahwin lain t

0 comment... add one now