Sabtu, 5 Mac 2016

Ajai Hadiahkan Anak Kereta Kerana Cemerlang SPM

Bersyukur dengan kejayaan anaknya yang mencatat keputusan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), komposer dan juga penyanyi, Ajai menghadiahkan kereta kepada anak perempuannya, Ayu Nazirah, 17, sebagai ganjaran usaha keras cahaya matanya itu.

“Namun, saya tidak akan terlalu memanjakan Ayu dengan membelikan kereta mewah. Saya memilih untuk menerapkan nilai bersederhana dan tidak memanjakan Ayu. Cukuplah memudahkan dia untuk bergerak ke sana-sini”

“Potensi anak saya dapat dilihat sejak dulu lagi. Namun, sebagai bapa, saya tidak mahu terlalu berharap. “Kalau saya kecewa, nanti dia lebih kecewa. Saya tidak mengongkong Ayu untuk belajar kerana lebih selesa membiarkan dia mengulang kali pelajaran mengikut waktunya sendiri”

“Kita sendiri dulu pun tidak suka dikongkong, jadi saya memahami situasi di mana dipaksa untuk belajar. Saya turut menasihati Ayu untuk mendekatkan diri dengan Allah menjelang peperiksaan,” katanya.

Selain itu, Ajai juga turut memberikan kebenaran untuk anaknya meneruskan pengajian di luar negara selain memberi peluang kepada Ayu membuat pilihan sendiri untuk menentukan hala tuju masa depannya.

Tiada ulasan:
Write ulasan