Sabtu, 12 Mac 2016

Adi Putra Sunting Mira Filzah

Boleh kami katakan yang Mira Filzah antara bintang baru dalam dunia hiburan yang semakin hari semakin mendapat perhatian ramai. Lebih lebih lagi selepas membintangi drama Cinta Si Wedding Planner yang menjadi kegemaran ramai baru baru ini.

Populariti Mira Filzah nampaknya telah menjadi batu loncatan untuk pelakon ini menjadi jurucakap kepada beberapa buah produk dan terbaru rakan pelakon dna juga hero untuk drama yang sama, Adi Putra melamar dirinya untuk menjadi duta terbaru.

Mira Filzah telah dilantik menjadi duta kepada agensi pelancongan milik Adi Putra iaitu Hadid Travel and Tours dan sebagai duta, beliau juga akan mengikuti program umrah bersama selebriti yang akan terbang ke Tanah Suci pada awal Ramadan nanti.

“Sebenarnya, sejak awal lagi saya dan keluarga telah merancang untuk mengerjakan umrah pada Ramadan nanti. Secara kebetulan, tarikh 1 Ramadan jatuh pada hari lahir ibu saya, jadi kami merancang untuk menyambutnya di sana”

“Semasa sibuk mencari agensi yang sesuai, Adi Putra pula menawarkan pakej mengerjakan umrah bersama agensinya. Apabila difikirkan ini merupakan peluang terbaik buat saya, maka saya menerima tawaran tersebut,” ujarnya kepada Kosmo! hari ini.

Dalam temubual yang sama, Mira Filzah turut mendedahkan yang beliau belajar berlakon dari pemerhatian terhadap lakonan orang lain dan sering menjadikan Lisa Surihani dan Maya Karin sebagai rujukan utama

Tiada ulasan:
Write ulasan