Ahad, 6 Mac 2016

5 Bahagian ‘Pelik’ Tarik Perhatian Pasangan

Jika di entri lepas Maskulin ‘membuka’ rahsia bahagian-bahagian tertentu yang menjadi kegilaan pasangan anda ketika di ranjang, kali ini ada lagi lima part yang di luar sangkaan anda. walaupun kedengaran pelik, tetapi ia sebenarnya mempengaruhi keinginan untuk bermesra dengan anda. Apa agaknya ya?





PARUT

Baru nampak ‘jantan’! Itulah pandangan James Syeridan, salah seorang pakar terapi seks terkenal dari Michigan. Parut kebiasaannya sinonim dengan kaum lelaki dan dipandang sebagai lambang kejantanan. Ia juga menunjukkan lelaki tersebut adalah lelaki yang aktif dan pasti tidak akan mudah ‘layu’ sebaik berada di atas ranjang.



Jika anda punya parut, usah sorokkannya. Berbanggalah dengan parut tersebut walau di mana pun ia berada. Pastinya ramai wanita juga turut mengagumi lelaki berparut. Nescayalah, lelaki berparut punya elemen seksualnya untuk memikat dan mencairkan hati isterinya mahu pun pasangan.



RAMBUT

Masalah rambut turut dialami kaum lelaki. Akibat dari itu, ramai lebih senang tampil botak namun sedikit sebanyak mengurangkan keyakinan terutama apabila berada bersama pasangan di atas katil. Kenapa perlu risau? Ramai wanita mengakui lelaki botak juga memiliki keseksian yang tersendiri. Malah menurut kajian James Syeridan lagi berdasarkan kajian kelolaannya, katanya “lelaki botak nampak lebih maskulin dan lebih dominan terutama sekali bila beraksi di atas ranjang”.

 hiasan

RONGGA PELUH

Ini antara ancaman utama bagi sesiapa pun. Bau badan kurang enak mampu membunuh mood untuk berasmara terutama di bahagian tubuh badan tertentu. Cepat berpeluh penyumbang masalah ini. Namun, tahukah anda peluh lelaki sebenarnya mampu untuk mencipta aura sensual tersendiri?.



Melalui kenyataan Laura Berman, Ph.D, “Wanita perlu ambil peluang untuk berasmara dengan lelaki ketika pada awal tempoh peluhnya dirembeskan kerana peluh lelaki punya bau asli yang boleh merangsang nafsu berahi. Cuma jangan mengambil masa yang lama kerana peluh tersebut akan bertukar menjadi aroma yang kurang menyenangkan.



KETIAK

Tidak dinafikan, bau badan mudah terhasil daripada bahagian ketiak khususnya. Namun, ketiak adalah antara susuk tubuh yang paling digemari wanita. Berdasarkan kenyataan dari Bahagian Biologi Manusia di Universiti Pennsylvania, melalui kajian di sana membuktikan bahawa bau dari ketiak lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan, memberikan ketenangan dan melancarkan perjalanan haid. Malah, mereka turut mendapati bulu di ketiak lelaki sewajarnya dibiarkan lebat kerana ketika berbulu ini dapat menyumbang pada peningkatan ghairah wanita.



KUKU

Bagi wanita, kuku panjang sudah sinonim tetapi tidak pada lelaki. Menyimpan kuku yang panjang terutama di bahagian kuku kaki hanya akan memudaratkan perjalanan seks anda.



Walaupun kuku terletak di perincian tubuh badan yang sukar dilihat, namun ia mampu mencederakan terutama pada tubuh halus wanita. Jika diri mereka terluka akibat kerakusan dan kerana kuku anda sendiri, maka anda boleh mengucapkan selamat tinggal pada hubungan seks saat itu.

Tiada ulasan:
Write ulasan