Ahad, 6 Mac 2016

4 Cara Isteri Perlu Lakukan Untuk Elak Suami Cari Wanita Lain

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga,  tentunya mendambakan kebahagiaan yang dibina bersama dengan pasangan. Pernikahan ialah satu perjalanan yang panjang, yang mana setelah menikah anda akan menghabiskan sisa waktu dalam hidup anda hanya bersama dengan pasangan. Untuk itu, persiapkan segala sesuatunya dengan baik dan dibekali dengan pengetahuan bagaimana menjaga hubungan cinta bersama dengan pasangan.
isu lelaki
1. Berikan Perhatian

Umumnya, seorang suami yang mencari kesenangan dan berpaling dengan wanita lain lebih banyak dipengaruhi kerana si suami tak lagi mendapatkan perhatian yang biasa dia dapat dari isterinya. Agar anda makin disayangi suami dan menjaga kesetiaan suami pada anda, maka jangan sampai abaikan perhatian pada suami. Seberapa sibuk pun diri anda, ada baiknya luangkan waktu untuk  suami. Secara tidak langsung hal ini memberikan penegasan pada suami bagaimana anda mencintainya.

2. Selalu Menjaga Penampilan

Setelah berkahwin, sebagai seorang isteri kelihatan tidak mempedulikan penampilan anda. Baik semasa bercinta , mahupun setelah menikah menjaga penampilan untuk kekal cantik dan menarik sama pentingnya untuk dijaga. Hal ini tentu saja akan membuat suami merasa bosan melihat penampilan anda. Untuk menjaga rasa sayang dan kesetiaan suami pada anda, maka tidak ada salahnya menjaga penampilan agar tetap menarik dan tampil anggun ketika suami berada di rumah.

3. Jadilah Teman yang Baik

Sebuah penelitian mengungkapkan jika dalam sehari seorang wanita mampu berbicara hingga 20 ribu kata, sementara lelaki hanya mampu mencapai tujuh ribu kata yang dibicarakan dalam satu hari. Hal ini tentu saja membuktikan jika seorang wanita lebih mungkin senang bercerita dan berbicara. Dan tanpa disedari anda tidak memberikan ruang pada suami untuk berbicara dan berkongsi keluh kesahnya serta bercerita.

Hal ini juga yang akan membuat suami merasa diabaikan dan merasa jika anda terlalu dominan dalam rumah tangga, sehingga membuat suami memilih mencari apa yang tidak ia dapatkan pada diri anda di diri orang lain. Untuk itulah, mulailah mendengarkan suami dan dengarlah setiap keluhannya. Jadilah seorang pendengar yang baik. Dengan begini suami akan sentiasa merasa dihargai dan begitu dianggap sebagai yang berharga.

4. Fahami Bahawa Lelaki Perlu Waktu Sendiri

Perlu diketahui untuk semua wanita bahawa seorang lelaki memiliki waktu untuk menyendiri, kadang seorang lelaki akan menghilang dengan begitu saja dari sisi anda. Untuk itulah, jangan salah sangka dan menaruh curiga yang berlebihan ketika suami hilang sementara. Ketika fikirannya sudah tenang dan dia sudah tenang, mereka akan kembali pada anda dan menceritakan masalahnya.

Tiada ulasan:
Write ulasan