Sabtu, 5 Mac 2016

“3 Kali Rujuk Namun Tiada Kata Putus, Saya Faham Maksudnya”

Mengakui masih lagi trauma dengan episod perpisahan bersama bekas isterinya, Vie Santie Harun, hati Eizlan Yusof kini masih belum terbuka untuk menerima wanita lain di hatinya.

“Bohonglah kalau saya katakan tiada wanta cuba mendekati ketika ini. Kalau mereka datang sebagai kawan, saya layan, tetapi jika tengok caranya lain macam saja, saya akan cuba menjauhkan diri”


Terus terang, parut luka akibat penceraian itu masih bersisa dan belum sembuh sepenuhnya. Masih terbayang-bayang betapa perpisahan itu membuatkan hidup saya seperti orang gila. Keadaan diri tidak terurus, ditambah pula waktu itu perniagaan saya menghadapi masalah, lagilah ia membuatkan situasi semakin parah,” jelasnya kepada BH Plus.

Selain itu, Eizlan juga dalam masa yang sama mengakui tertekan apabila gosip mengenai bekas isterinya itu dilihat beberapa kali keluar bersama pelakon Zizan Razak.

“Saya akaui ramai pihak seperti media dan orang luar sering bertanyakan perkara itu. Apabila terlalu kerap orang bertanya, ia menjadi tekanan sedangkan ia bukan urusan saya. Dia bukan lagi di bawah tanggungjawab saya dan bebas berkawan dengan sesiapa saja”


“Rasanya sudah tiga kali saya menyatakan hasrat untuk kembali rujuk, tetapi pihak di sana tidak memberi sebarang kata putus. Fahamlah saya akan makssudnya,” ujar pelakon ini bagai putus harapan. Apa pun, semoga Eizlan tabah menghadapi dugaan sebegini. 

Tiada ulasan:
Write ulasan