Ahad, 6 Mac 2016

16 Sebab Mengapa Islam Terbahagi Kepada 4 Mazhab - Pembekal Produk Dewasa No 1 Di Malaysia | Pembekal Produk Dewasa No 1 Di Malaysia

novel_sejarah_4mazhab
Mazhab adalah berasal daripada bahasa arab, yang bermaksud kecenderungan dalam sesuatu perkara. Kepentingan bermazhab adalah bagi membolehkan kita mengamalkan agama dengan faham yang sebenarnya. Sebabnya, kita tidak mampu dan kebanyakan kita tidak layak kerana tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk berijtihad. Para ulama yang muktabar telah memudahkan kita memahami Islam dengan lebih mudah.
Contohnya hadis berkaitan wuduk dalam sahih al-Bukhari dalam kitab bersuci, wuduk, di bawah tajuk ini adalah 75 bab dan 105 hadis, di dalam kitab al-Ghusl (mandi) terdapat 29 bab dan 44 hadis.
Kadang-kadang dalam satu bab ada ada dua tiga mungkin lebih lagi. Mungkin juga di antara hadis-hadis itu pada zahirnya macam bertentangan tetapi hakikatnya tidak. Semua ini orang awam boleh faham ke untuk menghasilkan hukum?
Tidak semudah yang disangka. Memang Islam itu mudah, tapi tidaklah sampai dimudah-mudahkan Islam itu.
Di negara ini kita berpegang kepada satu mazhab, iaitu mazhab Syafie, yang menjadi pegangan majoriti penduduk dunia.
Silibus fiqh di sekolah dan universiti juga bermazhab Syafie. Oleh sebab itu, saya berani mengatakan mazhab Syafie telah menjadi mazhab rasmi masyarakat yang beragama Islam di negara ini.
Keadaan umat Islam semakin bercelaru dengan berbagai aliran dan pemikiran selepas kewafatan Rasululah SAW. Terutama pada zaman Saidina Ali yang muncul berbagai-bagai fahaman seperti aliran Khawarij, Mu’tazilah dan Syiah dan macam-macam ajaran yang membingungkan hala tuju manusia.
Oleh kerana terdapat berbagai aliran ini, tepatlah hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Al-Imam al-Thabarani: “Bahawa pada akhir zaman, umat ku terbahagi pada 73 golongan, hanya satu golongan sahaja yang dapat memasuki syurga manakala yang lain terjun ke dalam neraka. Maka sahabatnya pun bertanya, siapakah golongan yang satu tersebut, ya Rasulullah? Jawab baginda Ahlul Sunnah Wal Jamaah (ASWJ)”.
ASWJ adalah mereka yang mengikut sunnah Rasululah dan juga sunnah sahabat-sahabat Baginda serta sunnah umat zaman Tabiin (Zaman 300 tahun selepas Rasulullah). Keempat-empat Imam ASWJ iaitu Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Al-Shafiei dan Imam Hambali tersebut hidup pada zaman tabiin yakni lingkungan 300 tahun selepas Rasulullah SAW.
Mendalami ilmu
Imam Hanafi lahir pada 80 hijrah dan Imam Malik lahir pada tahun 93 hijrah dalam kurun yang pertama lagi. Imam Al-Syafie lahir pada pada 150 hijrah dan Imam Hambali lahir pada 164 hijrah.
Semua mereka terkenal dengan sifat-sifat terpuji dan terkenal dengan ketokohan mereka dalam bidang ilmu. Seawal usia mereka telah menghafal al-Quran, selesai menghafal al-Quran mereka akan mendalami ilmu hadis serta ilmu tafsir, disusuli dengan ilmu fiqh dan tauhid.
Mereka sanggup berehlah ribuan batu untuk mendapatkan ilmu, sanggup mengharung perit maung dalam mencari ilmu. Sepanjang riwayat hidup mereka kita akan dengar yang baik-baik, yang indahnya mereka adalah ulama yang jujur dalam menegakkan kebenaran demi Allah SWT dan Rasul-Nya.
Perjuangan mereka jujur ijtihad mereka juga semata-mata mencari keredaan Allah SWT. Keempat-empat Imam tersebut juga boleh mengistinbatkan hukum selain dari al-Quran dan al-hadis. Selain itu, keempat-empat mereka juga mempunyai kitab rujukan pada anak murid dan umum.
Seperti Imam Hanafi yang mempunyai kitab al-hadis yang bernama Al Wasit, Imam Malik dalam kitab Al-Muwattha, Imam Al-Shafie dalam kitab Al-Uum dan Al-Imam Hambali (Ahmad bin Hambal).
(Mazhab bagi keluarga Ibn Tamiyah di mana bapanya adalah ulama bermazhab Hambali) dalam kitab al-Hadis yang terkenal yang bernama Al-Musnad yang merangkumi 35,000 hadis di dalamnya.
Keempat-empat Imam tersebut apabila memberi fatwa atau berijtihad atau mengeluarkan hukum, mereka merujuk kepada al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.
Kalau ada mana-mana pihak yang mengikuti salah satu daripada empat mazhab tersebut, ertinya mereka juga telah mengikut al-Quran dan al-hadis.
Cuma sebagai orang awam yang tidak tahu ayat al-Quran dan al-hadis mana yang diterima pakai. Kerana itu digelar muqalidin atau pengikut.
Memang sudah menjadi sunnatullah sejak Nabi Adam sehingga pada akhir zaman, orang yang jahil tentang ilmu Islam lebih ramai daripada orang alim. Walaupun sebenarnya ramai yang ingin menjadi alim.
Begitu juga dalam ilmu pengetahuan, sedikit sahaja yang berilmu tetapi yang jahil amat ramai. Dalam pada itu patutkah diminta pendapat orang awam mengkaji dan menggali sendiri al-Quran dan hadis?
Tidak munasabah meminta mereka berijtihad sendiri kepada al-Quran dan hadis. Oleh yang demikian berpegang kepada satu mazhab yang muktabar seperti mazhab Syafie adalah lebih baik dan lebih selamat.
Ini kerana kita akan seragam dalam penghayatan dan pengamalan serta mengelakkan pertelingkahan antara satu sama lain.
Berikut dibawah adalah 16 sebab mengapa Islam terbahagi kepada 4 mazhab :
1. Sejak kecil, kita terutamanya budak-budak Malaysia telah dididik dengan hukum-hakam agama seperti yang telah tertulis di dalam PAFA (legend doh buku ni). Jika masih ingat, semua hukum yang kita belajar, adalah Mazhab Syafie kan?
2. Seperti yang diketahui ramai, Islam ada 4 mazhab, Syafi’e, Hanbali, Maliki, dan Hanafi. Siapa cakap Syi’ah tu mazhab ke-5, boleh pakai baju melayu putih, sampin hijau, dan pergi masuk sekolah agama balik. Kesemua 4 mazhab kita ada 5 rukun Islam, tiada tambah-tambah, ada dua hari raya, tiada tambah-tambah.
3. Sudah pasti ramai tertanya-tanya kenapa Islam kena ada 4 mazhab? Kenapa tak satu je. Siap ada sesetengah pihak yang bajet legend, cakap tak payah ikut mazhab ikut Nabi je, sebenarnya dia menggelabah je. Ustaz saya cakap, siapa cakap macam tu, dia bukan suruh ikut Nabi, sebenarnya dia suruh ikut dia sendiri.
4. Mazhab ni bezanya dari segi Feqah sahaja, bukan dari segi Aqidah. Feqah bermakna cara kita melakukan sesuatu Ibadat. Bagaimana nak sembahyang, nak ambil wudhu’, dan sebagainya. Tapi jenis Ibadatnya semua sama. Keempat-empat mazhab ada 5 waktu sembahyang. Aqidah semua sama. Satu Tuhan. Satu Rasul.
5. Mungkin juga ramai sudah tahu, mazhab ini mengikut tempat. Sebagai contoh, Mazhab Syafi’e diamalkan di Malaysia. Manakala mazhab Hanafi, diamalkan di tempat seperti Iraq. Mengenai perkara ini lah (perbezaan geografi) ternyata bergunanya mazhab.
6. Contoh yang paling jelas, mengikut Mazhab Syafi’e, di dalam sembahyang kita tak boleh bergerak 3 kali secara berturut-turut. Manakala mazhab yang lain boleh. Sekarang, di Mekah mereka tidak mengamalkan mazhab Syafi’e. Okay, cuba bayangkan, di Kaabah yang begitu ramai, tak boleh bergerak 3 kali, boleh ke? Kita tengah baca Fatihah, tiba ada Pak Arab tengah lintas depan kita, kita terpaksa gerak sikit, pastu ada pulak Minah Arab lalu kat belakang kita kena gerak lagi. Kalau pergerakan kaki kita melebihi 3 kali, sembahyang batal. Habis tu sampai Subuh besok kita kena ulang sembahyang balik, sebab sembahyang kita asyik batal.
7. Situasi A: Cuba bayangkan dalam dunia ini ada satu mazhab je. Nanti kat Kaabah tiada siapa dapat habiskan sembahyangnya. Situasi B: Cuba bayangkan pulak kalau satu dunia amalkan satu mazhab je, yang boleh bergerak banyak kali. Nanti sampai kat Malaysia (yang masjidnya selalu tak penuh), nanti rilek je orang sembahyang gerak banyak kali. Siap ada mamat sembahyang sambil baca Naruto lagi.
8. Mazhab ini bukannya pecahan Agama. Tapi lebih dari perbezaan pendapat yang sesuai dengan tempat-tempat tertentu. Cuba bayangkan, kalau kerajaan wajibkan semua budak sekolah pergi sekolah naik bas sahaja. Tak boleh ibu-bapa hantar, tak boleh naik basikal. Kononnya tiada keseragaman. Gila ke? Semua orang ada cara masing-masing. Yang penting pergi sekolah, tiada kesah naik bas ke kereta ke permaidani ajaib ke.
9. Hal ini, bukan sahaja boleh diaplikasikan kepada mazhab sahaja. Tetapi juga boleh dikaitkan dengan hukum-hukum ijma’. Contoh paling terdekat, hukum mengucapkan Selamat Hari Natal. Hal ini memang bikin gua panas.
10. Apa yang susah sangat? Ada ulama’ kata haram tak boleh. Al-Qaradhawi kata boleh. Bukannya semua ulama’ kata Haram Mutlak. Seperti biasa khilaf (perbezaan pendapat) ini berguna mengikut tempat. Agak-agak kalau lu duduk kat Arab Saudi, jiran kau 100% Muslim, takkan tiba-tiba lu nak bagi pengumuman, “Hey Assalamualaikum. Merry Christmas“?
11. Tapi takkanlah kalau kau duduk kat Malaysia, ada 30 kawan Kristian. Kau terserempak dengan mereka. Kau nak diam je? Pastu “hehe sorry agama saya tak bagi wish Krismas hehe“. Cuba kau fikir macam mana persepsi penganut agama lain kalau mereka nampak kita macam ni? Kalau kita ini, mereka wish Hari Raya, kita suka kan? Eleh, jangan nak tipu. Kimora wish Eid Mubarak tergedik-gedik je kau RT.
12. Jadi dengan keadaan yang kita bercampur-baur bangsa dan agama di sini, kita kena hormat pegangan orang lain. Bukan setakat hormat orang Kristian, tapi lagi penting hormat orang Islam sendiri yang berpendapat lain daripada kita. Agak-agak kalau kita ni jenis tak bercampur dengan bangsa lain, semua kawan melayu, so diam-diamlah tak payah wish Krismas. Ini, bila ada member kita yang jenis bercampur dengan masyarakat, dia berpendapat seperti Al-Qaradhawi dan wish kawan-kawan dia yang beragama Kristian, boleh pergi wall post dia haram this haram that. Bodohnya?
13. Anyhow, sorry menyimpang jauh. Cerita asal mengenai mazhab.
14. Maka timbul juga persoalan-persoalan seperti bolehkah kita mengamalkan mazhab lain. Contohnya, kita yang mazhab Syafi’e ni nak amalkan mazhab Maliki pulak. Hal ini dinamakan talkin (menyampurkan mazhab). Ustaz saya kata, hal ini tak boleh sama sekali. Kecuali: A) Kita sudah belajar sepenuhnya keempat-empat mazhab. B) Kita pergi ke tempat yang mengamalkan mazhab lain.
15. Walaupun jika seseorang itu sudah belajar kesemua mazhab, adalah dinasihatkan supaya konsisten dengan satu mazhab sahaja. Seperti Imam Al-Ghazali, walaupun beliau ‘alim dengan semua mazhab, tapi beliau hanya mengamalkan mazhab Syafi’e sahaja.
16. Ingatlah, mazhab itu bukan perbezaan agama. Tapi ia adalah medium untuk memudahkan kita semua untuk menjalankan ibadah seharian agar mendekatkan diri kita dengan diriNya.
Wallahua’lam…
Semoga bermanfaat.

Tiada ulasan:
Write ulasan