Ahad, 27 Mac 2016

[10 Gambar] Gadis Maut Terpesorok Bawah Lori


kolp
[10 Gambar] Gadis Maut Terpesorok Bawah Lori|Kangar: Wanita maut, rakan lelakinya pula parah selepas motosikal yang ditunggang mereka merempuh treler yang diletakkan di bahu jalan di KM3.8 Jalan Tuanku Syed Putra, Seriab, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian pada 7 pagi itu, kedua-dua mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5 dalam perjalanan ke Kangar dari Alor Setar.
Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Wari Kiew berkata, ketika menghampiri kawasan Seriab, penunggang motosikal yang dikenali sebagai Mohd Fitri Jasni, 19 cuba membrek di laluan berpasir selepas melihat treler itu, namun gagal dan merempuh bahagian tepi treler.
“Rempuhan itu menyebabkan pembonceng wanita dipercayai berasal dari perlis yang dibawa oleh Mohd Fitri maut.
“Mohd Fitri parah di bahagian tangan kanan dan tidak sedarkan diri manakala pembonceng wanita yang maut itu masih belum dapat dikenal pasti identitinya kerana tiada sebarang pengenalan diri ditemui bersamanya,” katanya.
Menurutnya, kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

lopbb
12143246_467908093403132_8246756723854938218_n
12439186_467890896738185_16321148774589738_n
12042710_467890956738179_5514998262302500005_n
11229696_467890913404850_8821402367975716168_n
1463197_467890993404842_7224530484583549129_n

Tiada ulasan:
Write ulasan