Jumaat, 26 Februari 2016

Zizan Razak Mengaku Tengok Wayang Dengan Bekas Isteri Eizlan Yusof

Menjelaskan yang hubungan mereka tidak serius, Zizan menjelaskan yang dia enggan mengulas lanjut mengenai berita yang tersebar.
“Kami hanya berkawan dan kalau kami berjumpa pun, ianya berkaitan dengan urusan perniagaan. Kalau boleh, saya tak mahu komen panjang mengenai perkara ini. Dia sendiri pun pernah mengeluarkan kenyataan di laman Instagram miliknya sebelum ini, jadi saya rasa itu sudah cukup,” katanya yang ditemui di majlis pelancaran filem Bikers Kental 2.
Bakal memulakan penggambaran pada 12 Mac ini, Zizan teruja untuk kembali ke set Bikers Kental kerana kecintaannya kepada aktiviti permotoran.
“Saya memang aktif dalam bidang permotoran semenjak dulu lagi. Habis sahaja sekolah, saya sudah memiliki lessen untujk menunggang motor besar. Saya sendiri tidak sabar untuk memulakan penggambaran filem ini dan melakukan aksi-aksistunt sendiri,” katanya.
Filem Bikers Kental 2 bakal menjalani penggambaran selama 35 hari. Selain Zizan, filem arahan pengarah Helmi Yusof ini turut menampilkan Awie, Adlin Aman Ramlie dan ramai lagi. Bikers Kental 2 juga akan menampilkan beberapa orang pelakon dari negara Thailand.

Tiada ulasan:
Write ulasan