Ahad, 21 Februari 2016

Yatt Hamzah Nafi Bakal Suami Adalah Orang Ketiga Dalam Perkahwinan Terdahulu

Ramai yang meluahkan rasa kurang senang apabila bekas suami Yatt Hamzah memaklumkan yang bakal suami bekas isterinya itu adalah orang ketiga yang menjadi punca perpisahan mereka. Iyerlah, imej Yatt Hamzah yang begitu muslimah sekali dipersoalkan. Sekiranya apa yang didakwa oleh bekas suami Yatt itu adalah benar, maka ia bermaksud Yatt telah bermain kayu tiga semasa perkahwinan mereka. Sesuatu yang tentunya tidak boleh diterima oleh masyarakat umum.
yatt hamzah

Enggan lagi dipersalahkan dalam keruntuhan rumah tangganya yang terdahulu, Yatt Hamzah tampil menafikan dakwaan bekas suaminya itu. Menurut Yatt, dia dan bakal suaminya itu memang sudah lama berkenalan namun hanya menjadi rapat selepas Yatt memfailkan penceraian buat kali kedua. Terang Yatt Hamzah:-
Ingin saya ingin tegaskan satu perkara yang menjadi bahan bualan orang ramai sejak gosip perkahwinan saya dihebohkan. Saya dan bakal suami sebenarnya sudah kenal lama sebagai rakan kerja memandangkan dia pernah bertugas sebagai juruvideo untuk perniagaan baju muslimah yang saya usahakan. Tetapi, hubungan kami mula menjadi rapat selepas saya memfailkan perceraian kali kedua di mahkamah tahun lalu.
Jadi, rasanya tidak perlu mengaitkan dia sebagai orang ketiga yang menjadi punca keretakan rumah tangga saya. Demi Allah, dia tiada kena mengena dengan perkara tersebut. Biarlah saya dan Tuhan sahaja yang tahu mengenai perkara itu dan jangan babitkan orang lain ke dalam hal yang sudah pun berlalu. Apa yang saya lakukan ini adalah perkara baik iaitu mendirikan masjid. Kerja jodoh, ajal dan maut semuanya kerja Tuhan dan siapalah kita sebagai manusia untuk menolak ketentuan Ilahi.
Itu hak dia (bekas suami) untuk berkata apa sahaja. Sebab saya bukan lagi isteri dia dan hanyalah ibu kepada anak kami berdua, itu sahaja. Apa sahaja yang keluar dari mulut dan hati dia, saya tidak mahu ambil peduli. Biarlah saya tidak menjawab perkara itu sebab khuatir ia akan berlarutan menjadi besar.
Fokus saya sekarang hanyalah untuk majlis pernikahan nanti. Saya pun ada menjemput bekas suami ke majlis, tapi terpulang kepada dia untuk hadir atau tidak. Saya tiada tujuan lain menjemputnya hadir melainkan menganggap dia sahabat baik dan bapa kepada anak kami. Dalam masa sama, saya mendoakan yang baik-baik untuk bekas suami sebab dia sememangnya seorang ayah dan suami yang baik.

Perkara yang lepas usahlah dikenang. Semoga perkahwinan kedua Yatt ini akan bertahan buat selama-lamanya. Untuk makluman, bakal suami Yatt berusia 10 tahun lebih muda berbanding Yatt. Namun kematangannya telah memikat hati Yatt untuk kembali bergelar isteri. Kita sama-sama doakan yang terbaik. Amin. Sumber Kosmo.

Tiada ulasan:
Write ulasan