Yatt Hamzah, Mohammad Zulfadli Selamat Diijabkabul

Tahniah kami ucapkan kepada Yatt Hamzah dan juga pasangannya, Mohammad Zulfadli kerana telah selamat diijabkabul di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam manakala majlis resepsi diadakan pada hari sama di Azasna Villa, Seksyen U12, Cahaya Alam, Shah Alam.

Yatt telah menerima mas kahwin berjumlah RM300 manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Pengantin perempuan turut menyerahkan 11 dulang hantaran kepada pihak lelaki dan dibalas dengan sembilan.
13- Yatt Hamzah, Mohammad Zulfadli Selamat Diijabkabul - ROTIKAYA

Majlis yang berlangsung secara sederhana itu turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat pasangan tersebut. Sementara itu, Yatt ketika ditemui berkata, dia bersyukur majlis pernikahan berjalan dengan lancar dan berharap ikatan perkahwinan mereka berkekalan ke akhir hayat.

“Alhamdulillah semua sudah selesai dan bersyukur majlis pada hari ini berjalan lancar dan seperti mana pasangan lain saya turut berharap ikatan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat,” katanya kepada mStar Online. 12- Yatt Hamzah, Mohammad Zulfadli Selamat Diijabkabul - ROTIKAYA1- Yatt Hamzah, Mohammad Zulfadli Selamat Diijabkabul - ROTIKAYA2- Yatt Hamzah, Mohammad Zulfadli Selamat Diijabkabul - ROTIKAYA3- Yatt Hamzah, Mohammad Zulfadli Selamat Diijabkabul - ROTIKAYA4- Yatt Hamzah, Mohammad Zulfadli Selamat Diijabkabul - ROTIKAYA5- Yatt Hamzah, Mohammad Zulfadli Selamat Diijabkabul - ROTIKAYA6- Yatt Hamzah, Mohammad Zulfadli Selamat Diijabkabul - ROTIKAYA7- Yatt Hamzah, Mohammad Zulfadli Selamat Diijabkabul - ROTIKAYA

0 comment... add one now