Selasa, 9 Februari 2016

Video Akim Dan Stacy Menari Romantis.. Sweet!

RAMAI peminat ternyata masih belum dapat melupakan majlis pernikahan dan resepsi pasangan penyanyi popular Akim Ahmad dan Ummu Syaikhah Stacy Anam.

Masakan tidak, pasangan ini mungkin boleh digelar pasangan paling romantis memandangkan sebelum ini mereka jarang sekali menunjukkan kemesraan berlebih-lebihan di kalangan peminat dan media.

Setelah diijabkabulkan Jumaat lalu, barulah nampak Akim merangkul mesra isterinya dan mengenggam erat tangan penyanyi wanita kelahiran Sabah itu.

Dalam majlis resepsi bertemakan suku kaum Kadazan Dusun itu, pasangan yang sudah tujuh tahun bercinta itu menunjukkan skil menari romantis sambil mendendangkan lagu tradisi suku kaum terbesar di negeri itu.

Tiada ulasan:
Write ulasan