Khamis, 11 Februari 2016

Usia 62 Tahun, Wan Maimunah Perlukan Lelaki Di Sisinya

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon air mata, Wan Maimunah bukan? Malah, beliau antara pelakon yang cukup berbakat dan mampu membawa apa sahaja watak yang diberikan dengan baik.
Pelakon veteran Wan Maimunah dilaporkan telah bercerai?
Pernah gagal dalam rumah tangga sebelum ini, pelakon yang berusia 62 tahun ini tidak serik untuk berkahwin sekali lagi jika bertemu dengan lelaki yang sesuai.
Jelas Wan Maimunah, di usia sebegini beliau memerlukan seseorang  untuk dijadikan teman di sisi dan “imam” untuk membimbingnya.

Saya bersedia mendirikan rumah tangga sekali lagi sekiranya dipertemukan dengan lelaki sesuai.
Wan Maimunah sebelum ini berkahwin dengan pengusaha kacang pool terkenal iaitu Makpol Saimon yang 7 tahun lebih muda daripadanya sekitar bulan Disember 2013. Namun, perkahwinan itu tidak dapat bertahan lama dan mereka bercerai pada April 2015.

Tiada ulasan:
Write ulasan