Sabtu, 27 Februari 2016

Tidak Mesra Dengan Peminat : Sufi AF2015 Nafi Sudah Besar Kepala

Namun, Sufi menafikan perkara berkenaan dan menjelaskan mungkin beliau merasa tertekan serta penat dengan kerja sehinggakan ada yang salah faham dengan sikapnya.
Setiap orang ada sikap masing-masing. Kata orang, kalau tak kenal maka tak cinta. Kadang-kadang apabila sibuk dengan kerja, saya akui sedikit tertekan. Apabila ada yang nampak saya dalam keadaan letih, ramai yang menganggap saya mempunyai masalah sikap.

Walaubagaimanapun, Sufi tetap ingin memohon maaf kepada peminat ataupun media sekiranya beliau pernah mengguris perasaan mereka sebelum ini.
Kepada peminat atau rakan media yang merasakan begitu, saya mohon anda doakan saya dan insya-Allah kita akan bertemu kalau ada rezeki. Jadi, mungkin selepas mengenali saya dengan lebih dekat, mereka akan tukar persepsi terhadap saya.

Tiada ulasan:
Write ulasan