Khamis, 4 Februari 2016

"Saya Harap MB Baharu Tak Terlena Semasa Angkat Sumpah" - Mukhriz

PETALING JAYA: "Saya harap Datuk Seri Ahmad Bashah sewaktu angkat sumpah tak akan terlena," kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir seolah-olah menyindir penggantinya itu.

Kata-katanya itu ternyata sekali menarik perhatian ramai yang hadir pada sidang media pagi Rabu.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar yang baharu.

Sebelum itu, anak bekas Perdana Menteri itu mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Besar bagi menamatkan krisis kepimpinan di Kedah.

Keputusan itu dibuat selepas beliau yang juga Adun Ayer Itam dimaklumkan tidak mendapat sokongan majoriti wakil rakyat negeri berkenaan.

Ahmad Bashah yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri dijangka angkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu pada Khamis.

Tiada ulasan:
Write ulasan