Sabtu, 20 Februari 2016

Punca Penat, Ustaz Kazim Elias Di Serang Sakit Jantung

KOTA BARU: Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias kini menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini selepas mengadu penat ketika sedang berceramah di Bator, Bachok pada Jumaat malam.

Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Mohd Anuar Musardar Yusoff berkata Ustaz Kazim ketika itu baharu memulakan ceramah selama 10 minit sebelum meminta maaf di hadapan kira-kira 2,000 penonton selepas berasa tidak sihat.

"Ustaz Kazim kemudian terus dibawa ke Klinik Kesihatan Jelawat untuk menerima rawatan awal sebelum dipindahkan ke HUSM Kubang kerian bagi menerima rawatan lanjut.

"Setakat ini Mohd Kazim berada dalam keadaan stabil dan masih ditempatkan di Unit Kecemasan HUSM Kubang Kerian. Kami harap beliau kembali pulih," katanya kepada Bernama.

Mohd Anuar berkata pihaknya menjemput Ustaz Kazim bagi memberi ceramah di perkarangan bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Gunong, Bator yang bertajuk 'Jihad Agro Makanan Negara' yang bermula pukul 9.30 malam.

"Beliau tiba di Kelantan petang tadi dari Kemaman, Terengganu selepas mengadakan ceramah di sana malam tadi," tambahnya.

Tiada ulasan:
Write ulasan