Ahad, 14 Februari 2016

Piala Sumbangsih 2016 Milik JDT

PETALING JAYA: Juala Liga Super musim lalu, Johor Darul Tazim (JDT) menjulang trofi Piala Sumbangsih 2016 selepas menewaskan Selangor 7-6 menerusi penentuan penalti di Stadium Larkin, Johor Baru malam Sabtu.

Pemain tengah S Kunalan muncul wira terakhir pasukan tuan rumah apabila menghadiahkan penalti kemenangan selepas percubaan pemain pertahanan Selangor  Mohd. Azrif Nasrulhaq gagal menerjah gawang.

Terdahulu kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.

Namun perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti dan kejuaraan dapat ditentukan pada sepakan penalti kesembilan.

Tiada ulasan:
Write ulasan