Sabtu, 20 Februari 2016

Pembunuh Syed Amen masih bebas

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang sehingga kini masih belum berjaya menangkap suspek yang terlibat dalam pembunuhan seorang pengusaha restoran nasi kandar, Syed Amen Jainul Abidin walaupun selepas lebih seming­gu kejadian itu berlaku.

Bagaimanapun, polis telah­ menyenaraikan beberapa suspek yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan berkenaan, namun enggan mendedahkan le­bih lanjut kerana dikhuatiri mengganggu siasatan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan lanjut juga sedang dilakukan bagi mengenal pasti identiti suspek-suspek berkenaan.

“Sehingga kini, kami telah mengambil enam keterangan daripada isteri mangsa, rakan mangsa, pemilik kereta jenis Mercedes-Benz E Class 240 yang dipandu masa kejadian dan pakar patologi yang melakukan bedah siasat ke atas mayat mang­sa.

“Sekiranya tangkapan dibuat kita akan memaklumkan kejayaan itu segera kepada media,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Tiada ulasan:
Write ulasan