Neelofa Tak Tunjuk Mewah, Tapi Upload Kek Harga 6 Ribu Je

Bekas Juara Dewi Remaja dan juga pengacara serta pelakon popular ini telah meraikan hari jadi yang ke 27 tahun pada 10 Februari lepas.

Majlis tersebut diraikan oleh adik-beradiknya serta rakan karib di hotel JW Marriot Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Neelofa telah 'unfollow' rakan-rakannya di Instagram kerana sering menayangkan atau memuatnaik gambar dan status kemewahan.

Namun, kali ini Neelofa turut memuat naik gambar dan status hari jadi beliau dengan kek yang tampak cukup mewah dan eksklusif dengan taburan ribuan kristal Swarovski.

Malah Neelofa juga ada menggunakan hashtag #kenyangtigaharimakankekenamribu

Thanks to all my friends for the swarovski cake #kenyangtigaharimakankekenamribu

Menurut portal BH ONLINE, kek tersebut diilhamkan daripada kasut jenama mewah kegemaran Neelofa dan ia mengambil masa sehingga 20 jam untuk disiapkan.

Kek Neelofa menjadi viral apabila adiknya memuat naik foto kek berkenaan di Instagram dan memberitahu ia  bernilai RM 6,000.

0 comment... add one now