Ahad, 21 Februari 2016

Neelofa Rancang Buka Kedai Tudung Di New York

Pelakon dan pengacara, Neelofa yang kini sedang kukuh bersama jenama tudungnya, Naelofar Hijab, berhasrat untuk mengukuhkan lagi empayar perniagaan di luar negara dengan rancangan untuk pembukaan sebuah butik fizikal di New York, Amerika Syarikat.

“Kami merancang untuk menembusi pasaran antarabangsa dan mengeksport ke lebih banyak negara lagi. Kami berharap dengan adanya satu pusat di negara yang besar akan beri lagi peluang untuk kami lebarkan sayap di lebih banyak negara berbanding hanya berpangkalan di Malaysia,” katanya kepada Bernama.

Selain New York, antara lokasi lain yang turut menarik minat Neelofa untuk meluaskan lagi pasaran Naelofar Hijab ialah negara di Timur Tengah.

“Kita ada rangkaian di sana. Rakan kongsi tersebut mempunyai syarikat di Riyadh, Arab Saudi dan Kaherah, Mesir serta di beberapa kawasan lain di Mesir. Dia bercadang untuk bawa masuk Naelofar Hijab ke negara itu”

“Kami masih lagi dalam proses menyediakan kertas kerja. Kami akan mengemukakannya kepada beliau dan menunggu perkembangannya,” katanya. Sementara itu, Neelofa menjelaskan, jumlah jualan RM50 juta untuk tahun 2015, 10 peratus daripadanya adalah daripada pasaran antarabangsa.

“Jumlah itu hanya bergantung kepada jualan online sahaja tanpa physical store di mana-mana negara. Saya harap selepas syarikat serantau di New York, jualan akan meningkat. Saya jangka sumbangan lebih besar,” katanya

Tiada ulasan:
Write ulasan