Neelofa Buat Peminat Berang Jual Tudung Kepada Orang Israel

PELAKON dan usahawan tudung berjaya, Neelofa Mohd Noor baru-baru ini dikecam netizen gara-gara memuat naik gambar penghantaran pos produknya ke Israel.

Peminat dan pengikutnya di laman sosial Instagram mengecam perbuatannya yang menghantar barangan hijabnya kepada penduduk di negara tersebut.
Walaupun ramai yang mencemuh hos program Meletop itu, namun ada juga yang mempertahankan Neelofa dan memujinya kerana sanggup berniaga kepada umat Islam yang ditindas di kawasan bergolak itu.
neelofa1
Neelofa, 27, menguasahakan perniagaan tudung, Naelofar Hijab yang mana butiknya terletak di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, sebelum ini dilaporkan meraih jualan sebanyak RM50 juta tahun lalu menurut sumber portal berita BBC. –

0 comment... add one now