Sabtu, 6 Februari 2016

Nazim Othman Di Hentam Teruk Pegang Watak Lelaki Korea, Pengarah Jelas Drama Itu Mengenai Islam


DRAMA Cinta Teruna Kimchi.KUALA LUMPUR: Bukan hanya pelakon Nazim Othman dihentam kerana Cinta Teruna Kimchi, pengarahnya, Heykal Hanifah, turut dikritik berikutan menonjolkan unsur asing dalam karya tempatan.

Namun, kritikan yang keterlaluan sehingga melabelkan drama itu sebagai sampah membuatkan Heykal tidak boleh lagi berdiam diri.

"Saya lihat, tindakan melabel drama ini seperti sampah amat keterlaluan sedangkan ia sebuah karya berpaksikan Islam. Apabila mereka berbuat demikian, orang itu seumpama menghina agama.

"Ikutkan hati, saya enggan melayan komen sedemikian, tetapi saya rasa perlu untuk tampil memperbetulkan segala tanggapan salah itu. Sebaik-baiknya, pengikut drama tempatan menontonnya terlebih dulu dan jangan cepat menjatuhkan hukum," katanya kepada BH Online.

HEYKAL Hanifah dan isterinya, Faezah Elai. - Sumber Twitter
Begitupun, Heykal menegaskan, beliau bukanlah pengarah yang tidak boleh menerima kritikan.

"Cuma, apabila ia menyentuh soal agama, ada sensitiviti yang perlu dijaga. Janganlah bersikap keterlaluan. Malah, ada yang kata, drama ini mengangkat cerita Korea, seolah-olah tiada kisah kita yang boleh diketengahkan.

"Padahal, 30 peratus saja daripada drama ini membabitkan elemen asing berkenaan," katanya yang menjalani penggambaran drama itu selama enam hari di sana.
Tambah Heykal lagi, ketika drama itu mula disiarkan 28 Januari lalu, ia turut menjadi 'trending' di
Twitter.

"Ia jadi trending bukan hanya disebabkan pujian, tetapi juga kritikan melulu orang ramai. Cuma pada episod kedua siarannya, ramai yang mula sedar drama ini mengangkat paksi agama. Ikutkan, sejak episod pertama lagi saya tekankan mengenai soal anak yang melalui kehidupan mengikut fitrah Islam dan terpulang kepada ibu bapa bagaimana mahu mencorakkan mereka.

"Cerita yang dipaparkan bukan suka-suka, apa yang dilihat pula hanya sajian mata. Tetapi di sebalik semua itu, termasuk unsur Korea dan elemen K-pop, ia mengangkat paksi agama.

"Bahkan ia turut menunjukkan bagaimana gadis Malaysia yang cuba menawan hati jejaka Korea untuk kembali kepada agama Islam. Banyak perlambangan sebenarnya dimuatkan dalam drama berkenaan," katanya yang sempat memuji keupayaan Nazim menguasai bahasa asing itu dalam naskhah siaran slot Zehra di TV3 itu.

Tiada ulasan:
Write ulasan