Sabtu, 13 Februari 2016

Naikkan Harga Bayaran, Nana Jelaskan Duit Itu Bukan Untuk Diri Sendiri

Sebelum nama Siti Nordiana menyinar di Gegar Vaganza, dia hampir berputus asa dan kini segalanya telah berubah. Berikutan kejayaannya itu, Siti Nordiana kini mempunyai sebab tertentu mengapa dia menaikkan bayaran persembahan.

“Saya sedar diri dan tidak berubah. Dahulu, waktu saya kekurangan tawaran nyanyian, bayaran macam mana sekalipun saya tetap ambil tanpa banyak berkira. “Kalau dulu, orang panggil menyanyi, saya pergi sahaja tanpa tanya pun berapa mahu bayar”

“Kini berbeza sedikit kerana saya buat persembahan bersama dengan orang lain juga. Sebelum ini saya buat solekan sendiri, tetapi kini saya ada jurusolek sendiri dan mereka juga perlu bayaran. Begitu juga dengan jurutera bunyi yang saya bawa”

“Jadi, duit yang saya ada itu dibahagi sama rata bersama mereka yang bersama dengan saya untuk menjayakan persembahan. Bukan untuk saya seorang sahaja,” jelasnya kepada Utusan Malaysia.

Tambahnya, dia kini turut membawwa mikrofon sendiri kerana ia lebih selesa. Apa pun, pastinya perubahan yang dilakukan oleh Siti Nordiana mampu memberikan kualiti persembahan yang lebih baik.

Tiada ulasan:
Write ulasan