Nabila Huda Lebih Bahagia Dengan Perkahwinan Kedua

NABILA Huda yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta memberitahu bahawa dia lebih bahagia dan sangat menyukai kehidupan perkahwinannya.

“Alhamdulillah hidup kini lebih bahagia, ada penyeri dan peneman, saya syukur. Kami sering lakukan banyak perkara bersama, masak pun kadang-kadang bersama” katanya sewaktu ditemui pada Majlis Tayangan Filem Munafik.

Nabila Huda menganggap perkahwinan kedua ini adalah perkahwinan pertama, kerana perkahwinan sebelum ini banyak memberikan pengajaran kehidupan kepadanya.

“Sebelum ini saya tidak dapat menikmati perkahwinan pertama saya, mungkin kerana masih muda, jadi bagi saya ini adalah perkahwinan pertama saya. Sekarang Alhamdulillah saya sangat bahagia”

Soal penambahan ahli baru dalam keluarga, nabila dan suami hanya berserah kepada Allah.

“Kami hanya merancang, tapi Allah yang akan tentukan, kalau ada, saya seronok”.

0 comment... add one now