Ahad, 7 Februari 2016

Mummy mahukan yang terbaik sampai tertekan

Kuala Lumpur: Ibu kepada pelakon Shaheizy Sam, 34, Khaty Fauziah mengakui kurang sihat akibat tertekan menguruskan persiapan perkahwinan anak bongsunya itu dengan Syatilla Melvin, 25 .

Khaty yang mesra disapa Mummy ketika dihubungi berkata, disebabkan persiapan yang begitu singkat banyak perkara perlu diuruskan.

"Mummy kurang sihat mungkin kerana penat dan tertekan menguruskan persiapan perkahwinan Sam.

"Masa yang terlalu singkat untuk kami tetapi Mummy mahukan yang terbaik itu yang membuatkan diri berasa tertekan.

"Pun begitu, Mummy berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan dan Alhamdulillah sudah 80 peratus berjaya siap," katanya.

Sam dan Syatilla akan bertunang pada 8 malam ini di kediaman keluarga Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang dan bernikah pada keesokan hari juga di kediaman keluarga Syatilla.

Ia disusuli majlis resepsi sebelah pihak perempuan pada 9 Februari di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang.

Majlis resepsi sebelah pihak Sam pula akan diadakan pada 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur dan majlis meraikan peminat pada 20 Februari.

Tiada ulasan:
Write ulasan