Sabtu, 20 Februari 2016

Mia Ahmad Nafi Bermusuh Dengan Mira Filza

Sebelum ini, pernah kecoh bahawa dua pelakon cantik manis ini Mia Ahmad dan juga Mira Filzah didakwa bermusuh gara-gara percintaan di antara Mia dan Syarul Ridzwan terputus. Bagaimanapun baik Mia atau Syarul, masing-masing tidak menyatakan mereka pernah bercinta.

“Saya tiada masalah dengan Mira. Kami baik-baik saja dan tiada istilah bermasam muka dengan gosip yang timbul. Tidak ada apa untuk saya jelaskan lagi mengenai isu ini. “Biasalah, lumrah anak seni apabila sering terpalit dengan pelbagai kontroversi”

“Jadi saya memilih untuk tidak memanjangkan perkara ini,” katanya kepada BH Online. Selain itu, menurut Mia, gosip gosip berkenaan menjadi serius apabila ada pihak yang cuba melaga-lagakan mereka bertiga menerusi sebuah akaun laman sosial palsu.

Tiada ulasan:
Write ulasan